Rahsia. Misteri. Makhluk ajaib yang menakutkan. Pekan kecil Castelcorvo tidak setenang yang disangka dan memerlukan Pahlawan yang gagah berani untuk melindunginya. Empat sekawan – Giulia, Riccardo, Betta dan Matteo – mesti merungkai enigma misteri dan berdepan dengan ketakutan terbesar mereka demi menjadi wira yang menentang kejahatan yang bersarang di Castelcorvo.
I Cavalieri di Castelcorvo aka Knights of Castelcorvo
BUTIRAN
Di pedalaman Itali, jauh dari kesibukan, terletaknya pekan kecil Castelcorvo. Pekan ini dinaungi sebuah istana lama yang gah, di mana kehidupan berjalan perlahan dan semua orang saling mengenali. Nampak macam tempat yang aman, bukan? Jauh sekali. Kerana di sebalik lorong-lorong batu dan rumah-rumah berwarna-warni, ahli sihir dan makhluk ajaib yang menakutkan bersembunyi. Tambahan lagi, adakah istana lama itu benar-benar terbiar atau ia menyembunyikan misteri dan rahsia yang hanya mampu dibongkar oleh sekumpulan pemberani? Pekan ini tidak seaman yang disangka dan memerlukan Kesatria yang gagah berani untuk mempertahankannya. Empat orang remaja – Giulia, Riccardo, Betta dan Matteo – mesti menyelesaikan teka-teki dan menghadapi ketakutan terbesar mereka demi sebuah pengembaraan hebat dan menjadi wira yang menentang kejahatan yang bersarang di Castelcorvo.
- Tarikh Pelancaran:
- 2020
- Genre:
- Misteri,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Margherita Rebeggiani
- Lucrezia Santi
- Fabio Bizzarro
- Gabriele Rizzoli
- Angela Tuccia
- Mario Luciani
EPISOD
M1:Ep1 Ramalan
Giulia dan Riccardo tiba di Castelcorvo dan berkawan dengan Matteo dan Betta: pengembaraan bermula.
M1:Ep2 Waktu Para Penyihir
Giulia, Riccardo, Betta & Matteo selesaikan teka-teki pertama & mesti selamatkan Andrea dari Stria.
M1:Ep3 Permainan Misteri
Budak-budak itu menemui permainan misteri dan mengangkat sumpah untuk menjadi kesatria.
M1:Ep4 Kunci Waktu Pagi
Untuk mendapatkan Kunci Pagi, mereka mesti membuktikan diri sebagai pahlawan yang berani.
M1:Ep5 Jejaka Misteri
Giulia, Riccardo, Betta dan Matteo perlu mencari kunci kedua tanpa terpedaya oleh Zeno.
M1:Ep6 Mula dari awal
Para Kesatria terperangkap dalam gelung masa, ditakdirkan untuk menghidupkan semula detik yang sama.
M1:Ep7 Enigma Ganda
Para Kesatria perlu berpecah untuk merungkai dua misteri sambil berlumba dengan masa.
M1:Ep8 Kunci di Senja
Para Kesatria mesti menghadapi misteri hutan Castelcorvo untuk mendapatkan Kunci Senja.
M1:Ep9 Di Dunia Stria
Para Kesatria mencari Andrea di Alam Lain, namun mereka mesti lari daripada godaan Stria.
M1:Ep10 Pelarian Dunia Lain
Para Kesatria mesti pulang bersama Andrea, tetapi Stria tidak akan memudahkan urusan mereka.
M1:Ep11 Lupakan
Kesatria Castelcorvo telah dilupakan oleh semua orang: berjayakah mereka mematahkan sihir itu?
M1:Ep12 Mata Dingin
Sisters Gila menyelamatkan para Kesatria lalu menyuruh mereka mencari Kunci Tengah Malam.
M1:Ep13 Tiada jalan keluar
Para Kesatria menentang Aldo dan pembuli-pembuli lain... yang dirasuk oleh Si Terkurung
M1:Ep14 Gua Ketakutan
Kunci Tengah Malam terletak di dalam gua, dijaga oleh Raja Bisikan.
M1:Ep15 Hati Para Kesatria
Kesatria Castelcorvo melawan Stria dengan helah dan kepintaran. Siapakah yang akan berjaya?