Dalam komedi muzikal animasi ini, Asha, seorang idealis yang tajam akal, membuat satu hajat besar yang dijawab oleh Star, bebola tenaga tanpa batasan. Kini, Asha dan Star mesti menentang musuh yang digeruni dan membuktikan bahawa seorang insan yang berani mampu melakukan keajaiban.
Wish
BUTIRAN
“Wish” daripada Walt Disney Animation Studios ialah komedi muzikal animasi menawan tentang kerajaan magis Rosas. Di sana, Asha, seorang idealis yang cerdas, membuat hajat yang begitu kuat sehingga dijawab oleh kuasa kosmik—sebutir bebola kecil bertenaga tanpa had bernama Star. Bersama-sama, Asha dan Star menentang musuh paling digeruni—pemerintah Rosas, Raja Magnifico—untuk menyelamatkan komunitinya dan membuktikan bahawa apabila keazaman insan berani bersatu dengan keajaiban bintang, perkara menakjubkan boleh berlaku. Menampilkan suara Ariana DeBose sebagai Asha, Chris Pine sebagai Magnifico, dan Alan Tudyk sebagai kambing kesayangan Asha, Valentino. Filem ini diarahkan oleh Chris Buck (“Frozen,” “Frozen 2”) dan Fawn Veerasunthorn (“Raya and the Last Dragon”), dan diterbitkan oleh Peter Del Vecho (“Frozen,” “Frozen 2”) dan Juan Pablo Reyes Lancaster Jones (“Encanto”). Jennifer Lee (“Frozen,” “Frozen 2”) ialah penerbit eksekutif, manakala Lee dan Allison Moore (“Night Sky,” “Manhunt”) ialah penulis projek ini. Lagu-lagu asal oleh penyanyi/penulis lagu Julia Michaels dan penerbit/penulis lagu/pemuzik Benjamin Rice, dengan skor oleh komposer Dave Metzger.
- Durasi:
- 1 j 41 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Muzikal,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Chris Buck
- Fawn Veerasunthorn
- Dibintangi:
- Ariana DeBose
- Chris Pine
- Alan Tudyk
- Angelique Cabral
- Victor Garber
- Natasha Rothwell