Karya Brie Larson dan Culture House, Growing Up ialah siri doku hibrid inovatif yang meneroka cabaran, kejayaan dan kerumitan alam remaja. Siri ini membawakan sepuluh kisah kematangan yang luar biasa, diceritakan sendiri oleh individu berumur 18-21 tahun melalui gabungan penceritaan naratif, eksperimen dan dokumentari.
Growing Up
BUTIRAN
Dihasilkan oleh Brie Larson dan Culture House, "Growing Up" ialah siri doku hibrid inovatif yang menyelami suka duka dan selok-belok alam remaja melalui sepuluh kisah kematangan yang menyentuh perasaan. Dengan gabungan penceritaan naratif, eksperimental dan dokumentari, siri ini mengikuti individu-individu terpilih berumur 18 hingga 22 tahun yang berkongsi kisah mereka. Kisah mereka yang pelbagai ini menyajikan naratif penuh emosi yang memberi gambaran mendalam tentang alam remaja, serta rintangan sosial, kekeluargaan dan dalaman yang dihadapi golongan muda dalam perjalanan mencari jati diri dan penerimaan diri. Setiap episod 30 minit menampilkan seorang anak muda, atau "wira", dan pengalaman mereka membesar. Tunjang setiap episod ialah temu bual peribadi yang mendalam, yang membolehkan wira-wira ini membawa penonton menelusuri zaman kanak-kanak dan remaja mereka. Diselang-seli dengan temu bual ini, lakonan semula sinematik yang kreatif menghidupkan kembali detik-detik penting dalam hidup mereka.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Pendewasaan,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Brie Larson
EPISOD
M1:Ep1 Vanessa
Bersama komuniti wanita Kulit Hitam yang yakin, Vanessa terinspirasi untuk belajar psikologi.
M1:Ep2 Clare dan Isabel
Kisah persahabatan Clare dan Isabel dan semangat mereka berbakti kepada komuniti.
M1:Ep3 Amiri
Episod Amiri: perjalanan seorang lelaki kulit hitam mencari keberanian untuk dicintai seadanya.
M1:Ep4 Emily
Kisah Emily tentang pengalamannya membina platform untuk golongan kreatif kurang upaya.
M1:Ep5 Sage
Sage ialah seniman dan penganjur Afro-Latina yang berumur 20 tahun yang hidup sebagai trans wanita.
M1:Ep6 David
David, seorang pemuda dari California, mencabar dirinya dengan menemui puisi.
M1:Ep7 Sofia
Kisah perjalanan Sofia memecah halangan sebagai pengekod wanita kulit hitam dalam bidang STEM.
M1:Ep8 Alex
Kisah Alex menyelami pengalamannya bergelut dengan kemurungan semasa di sekolah menengah.
M1:Ep9 Athena
Episod Athena mengisahkan perjalanan seorang wanita muda Asia Selatan dengan imej tubuhnya.
M1:Ep10 Gavin
Walaupun hidup gelandangan, Gavin berjaya meraih biasiswa penuh untuk belajar bidang kejururawatan.