Pak Cik Samsik mampu menjamin tiga hidangan sehari walaupun ketika perang, manakala si elit Kim San bercita-cita mengubah dunia. Mampukah Pak Cik Samsik benar-benar menjayakan rancangan besar Kim San seperti yang didakwanya?
Uncle Samsik
BUTIRAN
Pak Cik Samsik memperkenalkan diri kepada Kim San sebagai orang yang mampu mengubah dunianya, sama seperti putaran Bumi. Dia meyakinkan Kim San bahawa dia boleh merealisasikan apa jua impian. Namun, semakin rancangan Samsik berjalan, semakin ramai pula yang campur tangan.
Adakah Samsik benar-benar penyelamat impian Kim San, atau syaitan yang mengheretnya ke kancah politik licik dan mengubahnya menjadi raksasa?
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Drama,
- Sejarah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Song Kangho
- Byun Yohan
- Lee Kyoohyung
- Jin Kijoo
- Seo Hyunwoo
- Yoo Jaemyung
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Tiga Sajian Sehari
Dua lelaki bersatu demi satu impian: membina masyarakat yang makmur.
M1:Ep2 Mimpi yang Sama
Samsik beritahu Kim San mereka ada impian sama dan berjanji akan bantu, tapi Kim San masih menolak.
M1:Ep3 Tawan Hati
Apabila Kim San tidak mengalah, Samsik merancang untuk menawan hati rakan-rakan Kim San dahulu.
M1:Ep4 Rancangan Hebat
Samsik merancang untuk gunakan Kim San bagi mengawal ekonomi dan politik negara.
M1:Ep5 Hipokrasi Bertopengkan Impian
Samsik menasihati Kim San agar melupakan cinta dan hormat jika ingin mencapai kedudukan tinggi.
M1:Ep6 Jangan Pernah Berkata Tidak
Samsik rancang untuk tampilkan Kim San sebagai pemimpin politik yang berdedikasi pada demokrasi.
M1:Ep7 Ayah Lawan Pak Cik
Samsik dibakar cemburu dengan kemunculan Jeneral Choi Hanrim, tokoh bapa kepada Kim San.
M1:Ep8 Umpan
Samsik selitkan rancangan Kang Seongmin dalam pelan besarnya untuk Kim San jadi PM.
M1:Ep9 Si Mati
Kim San meletakkan sepenuh kepercayaan pada Samsik, namun Samsik ada rancangan yang dirahsiakan.
M1:Ep10 Keraguan
Kim San dan Samsik mula meragui satu sama lain.
M1:Ep11 Dua Kebenaran
Kim San semakin curiga sama ada Samsik benar-benar boleh meninggalkan Kang Seongmin.
M1:Ep12 Relau Membara
Sekali pandang, Samsik mengesan kemarahan yang membara dalam hati Jeong Hanmin.
M1:Ep13 Berdarah Sejuk
Samsik menemui sisi sebenar An Kichul yang mengerikan, tetapi sudah terlambat.
M1:Ep14 Kang Seongmin
Di tengah-tengah kekecohan, nyawa Kang Seongmin berada dalam bahaya.
M1:Ep15 Kek Beras
Kim San kecewa impiannya hancur. Samsik mencadangkan mereka menggulingkan kerajaan Korea.
M1:Ep16 Putaran dan Peredaran
Berdepan pengkhianatan, Samsik mengajak Kim San lari, tapi Kim San bertekad untuk terus berjuang.