THE EYES OF TAMMY FAYE menyingkap kisah peribadi tentang kebangkitan, kejatuhan dan penebusan luar biasa pendakwah TV, Tammy Faye Bakker (Jessica Chastain). Pada era 1970-an dan 80-an, Tammy Faye dan Jim Bakker (Andrew Garfield) berjaya membina sebuah rangkaian penyiaran keagamaan dan taman tema. Namun, empayar mereka runtuh akibat persaingan, penyelewengan kewangan dan skandal.
The Eyes of Tammy Faye
BUTIRAN
THE EYES OF TAMMY FAYE ialah kisah peribadi tentang kebangkitan, kejatuhan dan penebusan luar biasa pendakwah TV, Tammy Faye Bakker (Jessica Chastain). Pada 1970-an dan 80-an, Tammy Faye dan suaminya, Jim Bakker (Andrew Garfield), bangkit dari kehidupan sederhana untuk membina rangkaian penyiaran keagamaan dan taman tema terbesar di dunia. Pada mulanya, mereka disanjung kerana mesej kasih sayang, penerimaan dan kemakmuran. Tammy Faye pula menjadi legenda kerana bulu matanya yang ikonik, nyanyiannya yang unik dan sikap terbukanya yang menerima semua orang. Namun, empayar yang dibina dengan teliti itu runtuh akibat penyelewengan kewangan, musuh licik dan skandal. Diarahkan oleh Michael Showalter dan ditulis oleh Abe Sylvia, THE EYES OF TAMMY FAYE turut menampilkan Cherry Jones dan Vincent D’Onofrio.
- Durasi:
- 2 j 8 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Drama,
- Biografi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Michael Showalter
- Pelakon:
- Jessica Chastain
- Andrew Garfield
- Cherry Jones
- Vincent D’Onofrio
- Fredric Lehne
- Louis Cancelmi
- Kategori:
- Filem