Pelakon terkenal Korea, Cha Taehyun dan Zo Insung, mengimpikan kehidupan yang menyenangkan di luar bandar, berehat di pemandangan indah bersama rakan-rakan yang boleh berkongsi segelas bir. Kehidupan mereka di luar bandar cukup berjaya. Walau bagaimanapun, mereka tanpa diduga menjadi pemilik pasaran Korea di A.S.
Unexpected Business: in California
BUTIRAN
Pelakon terkenal Korea, Cha Taehyun dan Zo Insung, mengimpikan kehidupan yang menyenangkan di luar bandar selepas bersara, berehat di pemandangan indah bersama rakan-rakan yang boleh menikmati segelas bir sejuk bersama. Projek Hidup di Desa Cha Taehyun dan Zo Insung agak berjaya. Kali ini, mereka secara tidak disangka-sangka telah menjadi pemilik pasaran Korea di A.S. Semasa musim panas yang meriah, mereka berkongsi cerita tentang kehidupan warga Korea yang tinggal di luar negara dan menghabiskan masa yang berharga bersama rakan-rakan tersayang mereka dari Seoul.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Realiti
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Cha Taehyun
- Zo Insung
- Yoon Kyungho
- Lim Juhwan
- Park Byungeun
- Han Hyojoo
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M3:Ep1 Episod 1
Perniagaan pasar tak dijangka Taehyun dan Insung kembali untuk musim ketiga, jauh di A.S.
M3:Ep2 Episod 2
Hari pembukaan besar pasar raya! Dua bos dan pekerja sambilan menjadi kelam-kabut.
M3:Ep3 Episod 3
Dua bos dan pekerja sambilan mengadakan mesyuarat tergempar kerana tempahan kimbap bertubi-tubi.
M3:Ep4 Episod 4
Hari kedua berniaga, muncul Park Byeong-eun, kru berpengalaman yang boleh diharap dari AS.
M3:Ep5 Episod 5
Pada hari kedua jualan, pasukan itu menerima aduan kimbap pertama mereka.
M3:Ep6 Episod 6
Park Kyeongrim, pekerja sambilan baharu yang terhebat, tiba untuk menyelamatkan keadaan.
M3:Ep7 Episod 7
Pada hari keempat jualan, tibalah Kim Ajoong, pekerja sambilan baharu.
M3:Ep8 Episod 8
Ajoong hadapi cabaran kerja sambilan pertamanya di bawah pengawasan duo bos dan semua orang.
M3:Ep9 Episod 9
Tiba masanya untuk memperkenalkan menu terbaharu Kyungho, Jungah Sikhye
M3:Ep10 Episod 10
Murid pertama Yum Jungah, Yoon Kyungho, memulakan jualan sikhye pertamanya
M3:Ep11 Episod 11
Pakar strategi Ajoong melancarkan menu baharunya yang menampilkan aneka makanan laut segar
M3:Ep12 Episod 12
Park Boyoung, si genius pekerja sambilan veteran, tiba
M3:Ep13 Episod 13
Dua pekerja sambilan veteran pasukan yang meyakinkan, Park Inbee dan Park Boyoung, bergabung tenaga
M3:Ep14 Episod 14
Diari jualan pasukan ini berakhir gembira dengan parti potluck bersama pelanggan tetap