The Ghost and Molly McGee mengisahkan si gadis ceria Molly McGee dan seekor hantu pemarah bernama Scratch. Apabila salah satu sumpahan Scratch memakan diri, mereka berdua terikat bersama selamanya.
The Ghost and Molly McGee
BUTIRAN
The Ghost and Molly McGee ialah kisah seekor hantu dan seorang gadis yang menceriakan semula hidupnya. Apabila hantu pemarah bernama Scratch menyumpah Molly McGee yang periang, sumpahan itu memakan diri dan mengikatnya pada Molly buat selamanya. Kini, dia terpaksa pergi ke mana sahaja Molly pergi dan melakukan apa sahaja yang Molly lakukan... yang pada pandangan Molly, menjadikannya kawan baiknya! Semasa Molly mengheret Scratch yang keberatan dalam semua pengembaraan anehnya, satu perkara lucu berlaku: Scratch mula menyukai Molly, dan satu persahabatan yang luar biasa mula berputik.
- Tarikh Pelancaran:
- 2021 – 2023
- Genre:
- Sahabat,
- Animasi,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Bill Motz
- Bob Roth
- Dibintangi:
- Ashly Burch
- Dana Snyder
- Jordan Klepper
- Sumalee Montano
- Michaela Dietz
- Lara Jill Miller
EPISOD
M2:Ep1 Yang Baru (Para)Normal
Keluarga McGee dapat jiran baharu. Scratch mengelak tugas.
M2:Ep2 Buku Menandai Sprite / Ganda, Ganda, Darryl & Masalah
Makhluk halus menghantui kedai buku. Darryl menjadi hantu.
M2:Ep3 Pitam Seni / Soda untuk Dikenang
Sementara Mak cuba melukis, Scratch mengimbas kembali masa lalunya.
M2:Ep4 Kisah Suatu Zaman / Sentiasa Cerah di Sunnyland
Libby datang bulan. Keluarga McGee bercuti di rumah.
M2:Ep5 Saya Nak Menari Dengan Ollie / Davenport Atas Permintaan
Molly bermain dengan api. Andrea mencipta aplikasi berbahaya.
M2:Ep6 Patung Pujaan Maut / Roh Penceria Parti
Hantu seram merasuk anak patung. Scratch meninggalkan Geoff.
M2:Ep7 Mimpi Ngeri di Jalan Utama
Scratch mengajak hantu sebenar ke rumah berhantu.
M2:Ep8 Video Pengusiran Hantu Brighton / 100% Molly McGee
Molly menghalau hantu sambil meneroka identiti kacukannya.
M2:Ep9 Jerung Tak Gigit / Nin-gantungan
Keluarga McGee menonton filem seram. Nin berpindah ke Brighton.
M2:Ep10 Bapa Borek, Libby Rintik / Revolusi Ayah Penari
Libby melawat ayahnya. Pete menjadi tular di internet.
M2:Ep11 Sepadan! / Jom Main Bola Lobak
Scratch kena badi. Molly bermain bola lobak.
M2:Ep12 Hantu Ialah Molly McGee / Mainan Fikiran
Molly dan Scratch bertukar badan. Molly meneroka minda Scratch.
M2:Ep13 Wira Karbon Sifar / Kejatuhan Davenport
Molly menyelamatkan planet. Andrea mengubah dirinya.
M2:Ep14 Jala Dusta / Bintang Jatuh Kenny
Molly dan Scratch dihantui rasa bersalah. Kenny Star muncul di pekan.
M2:Ep15 Selamat Datang ke NecroComic-Con / Layak Dicetak
Ollie takut berbual. Molly bertekad untuk menyelamatkan akhbar sekolah.
M2:Ep16 Ladang Lembah Senyum / Isyarat Agung
Scratch menyembunyikan ketaksubannya. Ektoplasma menjadi hidup.
M2:Ep17 Banyak Kehidupan Scratch / Alaka-Sham
Siapakah Scratch? Darryl menjalankan satu helah magik.
M2:Ep18 F.O.N.A.A.! / Mula Beraksi
Molly tiada gentar. Darryl bermain e-sukan.
M2:Ep19 Krismasalah Putih / Hari Sempurna
Scratch stres fikirkan hadiah. Molly cuba menjadikan hari itu sempurna.
M2:Ep20 Jinx Lawan Dunia Manusia
Molly dan Scratch melindungi dunia manusia daripada Jinx.
M2:Ep21 Tamat
Scratch tidak pernah lupa.