Seorang pakar sains kolej mencipta vitamin berkuasa tinggi yang secara tak sengaja termasuk dalam kotak bijirinnya. Formula hebat ini menjadi rebutan dua syarikat bijirin, lalu mencetuskan pelbagai kejadian yang kelakar.
The Strongest Man in the World
BUTIRAN
Pelajar sains Dexter Riley (Kurt Russell) dan rakan-rakannya mencipta sebatian vitamin, tetapi satu kemalangan makmal menyebabkan campuran hebat itu masuk ke dalam kotak bijirin Dexter! Selepas sarapan, Dexter tiba-tiba memiliki kekuatan luar biasa yang mampu menumbangkan tiang lampu. Formula hebat ini menarik perhatian dekan kolej dan dua syarikat bijirin yang bersaing, lalu mencetuskan pelbagai insiden lucu. Kini, nasib formula lumayan ini bakal ditentukan dalam pertandingan angkat berat antara pasukan Medfield yang kerdil dengan pencabar handalan dari State. Saksikan gabungan keseronokan, komedi dan pengembaraan yang pasti membuat anda ketawa terbahak-bahak
- Durasi:
- 1 j 32 m
- Tarikh Pelancaran:
- 1975
- Genre:
- Komedi,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Vincent McEveety
- Dibintangi:
- Kurt Russell
- Joe Flynn
- Eve Arden
- Cesar Romero
- Phil Silvers
- Dick Van Patten