Govinda Naam Mera
Govinda Naam Mera
16+
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2022 • 2 j 11 m
Komedi, Ngeri, Jenayah

Tersepit antara kes mahkamah banglo pusaka, perkahwinan goyah dengan Gauri dan cintanya pada Suku, hidup Govinda Waghmare yang sedia kusut menjadi semakin celaru. Mampukah si underdog ini mengambil kesempatan daripada situasi buruk dan mengubahnya menjadi kemenangan yang gemilang?

Govinda Naam Mera

BUTIRAN


Bila hidup beri dugaan, ubah ia jadi kemenangan!



Kisah misteri komedi ini berkisar tentang Govinda Waghmare, 30, seorang koreografer/penari latar yang bergelut dalam industri filem Hindi. Dia anak kepada mendiang Gopi Shetty, pengarah lagak ngeri terkenal era 90-an, dan Asha Waghmare, juga penari latar pada zaman yang sama.



Dia tinggal bersama isterinya Gauri, 28, di sebuah banglo usang di Khar—harta pusaka bapanya—dan perkahwinan mereka sedang bergolak. Gauri hanya akan bersetuju untuk bercerai jika Govinda memulangkan wang yang dibelanjakan oleh bapanya untuk perkahwinan mereka. Govinda yang tertekan juga mahu segera menamatkan perkahwinan ini, sehinggakan dia membeli pistol untuk membunuh isterinya. Namun, dia tidak pernah berani melakukannya.



Govinda juga mempunyai teman wanita bernama Suku, 27, yang bekerja dengannya. Suku menanti hari Govinda menceraikan Gauri supaya mereka boleh berkahwin.



Ibu Govinda, Asha Waghmare, 55, berkerusi roda sejak kematian suaminya, Gopi. Namun, sebenarnya Asha berpura-pura lumpuh untuk meraih simpati bagi kes mahkamah antara keluarganya dan keluarga Gopi Shetty yang lain. Keluarga pertama Gopi dari Chennai, iaitu isteri Charulata dan anak lelaki Vishnu Shetty, kini mengincar banglo Govinda. Mereka mendakwa hanya mereka yang berhak ke atas harta itu, banglo tempat Govinda dibesarkan yang tidak mungkin dilepaskannya.



Suatu hari, Govinda hilang pertimbangan kerana semua masalah dalam hidupnya dan memutuskan untuk membunuh diri. Namun, takdir mempunyai rancangan lain; dia mendapati dirinya terperangkap dalam sebuah misteri pembunuhan. Sejak itu, bermulalah satu siri peristiwa yang mendebarkan. Setiap watak mempunyai sisi gelap dan agenda tersendiri. Tiada siapa pun seperti yang kita sangkakan.



Mampukah si malang ini mengambil kesempatan daripada situasi buruk dan mengubahnya menjadi satu kemenangan yang gemilang?

Durasi:
2 j 11 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Komedi,
Ngeri,
Jenayah
Klasifikasi:
16+
Pelakon:
Vicky Kaushal
Bhumi Pednekar
Kiara Advani
Renuka Shahane
Trupti Khamkar
Amey Wagh
Kategori:
Filem

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Gulmohar
  • thumbnail - Aksar
  • thumbnail - Sangamarmar
  • thumbnail - Pemburu
  • thumbnail - Ittefaq
  • thumbnail - Lajja
  • thumbnail - Deewana
  • thumbnail - Meter