Kenali Sam, puteri kedua kerabat diraja yang tidak seperti puteri lain. Apabila dihantar ke sekolah musim panas oleh bondanya, Permaisuri, Sam mendapati semua itu hanyalah helah. Rupa-rupanya, dia dan pelajar lain mempunyai kuasa luar biasa dan dilatih untuk menyertai Persatuan Rahsia Anak Kedua Kerabat Diraja. Berjayakah mereka menguasai kuasa mereka untuk menyelamatkan kerajaan masing-masing?
Secret Society of Second-Born Royals
BUTIRAN
Kenali Sam, seorang puteri pemberontak dan pewaris takhta kedua kerajaan Illyria. Dia bukan puteri tipikal dan tidak betah dengan kehidupan istana. Berbeza dengan kakaknya, Eleanor, yang bakal menjadi permaisuri, Sam lebih suka beraksi dengan kugirannya atau membantah sistem monarki, menyebabkan dia sering berdepan dengan pihak berkuasa. Muak dengan kelakuan Sam, Ratu Catherine menghantarnya ke sekolah berasrama musim panas diraja. Di sana, Sam mendapati sekolah itu hanyalah satu penyamaran. Dia dan empat lagi pewaris takhta kedua sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa dan dilatih untuk menyertai sebuah persatuan rahsia. Namun, bukan itu sahaja kejutan yang menanti mereka. Apabila orang asing misteri mengancam keselamatan orang tersayang, mampukah Sam dan rakan-rakannya menguasai kuasa mereka demi menyelamatkan kerajaan mereka?
- Durasi:
- 1 j 41 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2020
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Pendewasaan,
- Wira,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Anna Mastro
- Dibintangi:
- Peyton Elizabeth Lee
- Niles Fitch
- Isabella Blake-Thomas
- Olivia Deeble
- Skylar Astin
- Elodie Yung