Kristin Chenoweth kembali ke kampung halamannya untuk menyiasat kisah benar tentang tiga gadis muda yang ditemui mati dibunuh selepas malam pertama mereka di kem percutian di Oklahoma. Pemburuan dan perbicaraan suspek pembunuh mereka menggemparkan negara pada musim panas 1977. Namun, berdekad-dekad kemudian, misteri yang menyelubungi kes itu terus menghantui komuniti Tulsa.
Keeper of the Ashes: The Oklahoma Girl Scout Murders
BUTIRAN
Pelakon dan penyanyi pemenang anugerah, Kristin Chenoweth, kembali ke kampung halamannya untuk menyiasat pembunuhan paling kejam di Oklahoma. Keeper of the Ashes ialah kisah benar tentang tiga gadis muda yang ditemui mati dibunuh pada malam pertama mereka di kem musim panas. Tragedi itu, serta pemburuan dan perbicaraan suspek pembunuhnya, menggemparkan seluruh negara pada musim panas 1977. Namun, berdekad-dekad kemudian, misteri yang menyelubungi kes ini terus menghantui komuniti Tulsa, pihak berkuasa dan keluarga mangsa.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kristin Chenoweth
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Bahagian 1
Kristin Chenoweth pulang ke Oklahoma untuk menyiasat kes pembunuhan tiga pengakap perempuan.
M1:Ep2 Bahagian 2
Selepas pembunuhan kejam di Kem Scott, pemburuan si pembunuh semakin diperhebat.
M1:Ep3 Bahagian 3
Perbicaraan bermula bagi menyabitkan tertuduh. Tapi, adakah pihak pendakwa mempunyai kes?
M1:Ep4 Bahagian 4
Selepas berdekad-dekad, seorang syerif menggunakan teknologi baharu untuk membongkar kebenaran.