Imaan, hamil dan ditinggalkan teman lelakinya Azrul, bertemu Shukri dan Norr, pasangan yang terdesak inginkan anak.
Seribu Tahun
BUTIRAN
Hamil dan ditinggalkan kekasihnya, Azrul, takdir menemukan Imaan dengan Shukri dan Norr, pasangan yang terdesak inginkan anak.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Drama
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Imaan mendapati dirinya hamil namun diabaikan oleh kekasihnya, Azrul.
M1:Ep2 Episod 2
Shukri dan Norr mendapatkan rawatan, dan Nor didiagnosis Sindrom Turner.
M1:Ep3 Episod 3
Imaan hilang arah, manakala Datuk Norish merancang perkahwinannya.
M1:Ep4 Episod 4
Imaan tersedar di sebuah rumah asing di Kampung Seri Bunian.
M1:Ep5 Episod 5
Kehadiran Imaan mengelirukan Syukri yang sedang mengalami hilang ingatan.
M1:Ep6 Episod 6
Konflik menjadi rumit selepas video perkahwinan Imaan tular di media sosial.
M1:Ep7 Episod 7
Syukri sedar ingatannya merosot, dan Norish mahu melindungi reputasi.
M1:Ep8 Episod 8
Nor sangsi dengan sikap Imaan yang mula menunjukkan belang sebenar.
M1:Ep9 Episod 9
Syukri mencari kerja, manakala Datin Sofea berdepan Datuk Norish.
M1:Ep10 Episod 10
Azrul bersemuka dengan Norish, dan Syukri mahu menghantar Imaan pergi.
M1:Ep11 Episod 11
Imaan memujuk Syukri berkahwin lain, dan Sofea bercerai dengan Karim.
M1:Ep12 Episod 12
Nor mengetahui kehamilan itu dan dipaksa memujuk Syukri berkahwin.
M1:Ep13 Episod 13
Imaan mengancam bayinya, manakala ingatan Syukri semakin lemah.
M1:Ep14 Episod 14
Nur sangsi dan cuba menghalau Imaan, namun dituduh cuba merogolnya.
M1:Ep15 Episod 15
Imaan berpakat menuduh Syukri menghamilkannya agar mereka berkahwin.
M1:Ep16 Episod 16
Ika marah, dan Syukri berkahwin tanpa menganggap Imaan sebagai isteri.
M1:Ep17 Episod 17
Norish mahu membawa Imaan pulang, namun Imaan cuba memikat Syukri.
M1:Ep18 Episod 18
Syukri menghidap Alzheimer, dan Imaan mula menyesali perkahwinannya.
M1:Ep19 Episod 19
Imaan tertekan dengan kesusahan hidup dan merancang untuk pergi.
M1:Ep20 Episod 20
Nor lemas di tasik, dan Syukri sukar menerima kehilangan isterinya.
M1:Ep21 Episod 21
Penyakit Syukri makin teruk, dan Imaan diusir lalu dibawa ke rumah Norish.
M1:Ep22 Episod 22
Zahar seorang suami yang baik namun bergelut melawan nafsu songsang.
M1:Ep23 Episod 23
Kasih ponteng sekolah demi bapanya, dan Anissa berasa bersalah.
M1:Ep24 Episod 24
Imaan mahu hak penjagaan Kasih, namun sedar Kasih bukan anaknya.