Dengan akses eksklusif, pembikin filem tercalon Anugerah Akademi, Leslie Iwerks, membawa penonton ke sebalik tabir Walt Disney Imagineering. Saksikan sendiri rahsia di sebalik pusat reka bentuk dan pembangunan Syarikat Walt Disney ini dalam usaha mereka mencipta dan membina taman tema Disney di seluruh dunia.
The Imagineering Story
BUTIRAN
Di sebalik keajaiban taman tema Disney, ada lumpur, keringat dan ketakutan. Mencipta kegembiraan ialah kerja keras. Selama hampir 70 tahun, sekumpulan artis dan jurutera unik yang digelar Imagineers telah mengubah idea mustahil Walt Disney menjadi fenomena global. Dengan akses yang julung kali diberikan, pembikin filem Leslie Iwerks membawa anda ke sebalik tabir Walt Disney Imagineering, pusat reka bentuk dan pembangunan yang kurang dikenali, untuk mendedahkan rahsia di sebalik pembinaan 12 taman tema Disney di seluruh dunia.
- Tarikh Pelancaran:
- 2019
- Genre:
- Sejarah,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
EPISOD
M1:Ep1 Tempat Paling Bahagia Di Dunia
Walt Disney mengumpulkan para artis dan jurutera untuk membina konsep impiannya: Disneyland.
M1:Ep2 Walt Akan Buat Apa?
Selepas kematian Walt, para Imagineer berusaha menjayakan wawasannya di Florida dan di luar negara.
M1:Ep3 Sentuhan Midas
Michael Eisner dan Frank Wells menghidupkan semula Imagineering dan menerajui era pertumbuhan hebat.
M1:Ep4 Jadi Tak Jadi
Dalam era penjimatan, para Imagineer bergelut dengan isu kompromi falsafah reka bentuk teras.
M1:Ep5 Karusel Kemajuan
Di bawah Bob Iger, Imagineers mencetuskan era kreatif baharu, menaik taraf taman di seluruh dunia.
M1:Ep6 Ke Angkasa dan Seterusnya
Imagineers membuka resort Disney baharu di China, kemudian mencipta dunia imersif blokbuster.