Dirakam selama empat tahun, siri alam semula jadi ini mengikuti kisah benar luar biasa seekor anak singa bernama Kio dalam perjalanan epiknya untuk menjadi raja. Berdepan kehilangan, pembuangan dan saingan sengit, Kio mesti mengatasi cabaran getir untuk terus hidup dan mencari tempatnya di alam liar.
Lion
BUTIRAN
Daripada pengarah "The Lion King", Jon Favreau, serta penerbit eksekutif BBC Studios, Mike Gunton, saksikan kisah benar luar biasa Kio, seekor anak singa dalam perjalanan epiknya untuk menjadi raja. Dirakam selama empat tahun, saga tentang keluarga, harapan dan keberanian ini memaparkan Kio membesar daripada anak singa yang lemah menjadi pemimpin yang hebat. Kio menghadapi kehilangan, buangan dan saingan sengit dalam perjuangannya untuk hidup. Siri ini menggabungkan penceritaan sinematik dengan penggambaran alam semula jadi yang canggih untuk merakam kisah kematangan seekor singa dan pengembaraannya untuk menjadi sang raja rimba yang perkasa.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Haiwan & Alam Semula Jadi,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- OJ Lynch
EPISOD
M1:Ep1 Bab Satu: Lahirnya Sang Putera
Kio lahir di dunia yang serba tak menentu. Mampukah si kecil ini menjadi raja kelak?
M1:Ep2 Bab Dua: Saudara Seperjuangan
Selepas nyaris terkorban, Kio diuji apabila abang-abangnya dibuang kawanan.
M1:Ep3 Bab Tiga: Pengorbanan Terulung
Kio bertemu semula dengan abang-abangnya tetapi berdepan tragedi yang menguji keberaniannya.
M1:Ep4 Bab Empat: Menuju Takhta Sang Raja
Dalam babak terakhir kisah ini, Kio bertarung demi kerajaannya sendiri.