Carl Fredrickson, jurujual belon yang telah bersara cuba melaksanakan impiannya untuk menerbangkan rumahnya dengan berpuluh ribu belon. Tanpa disedarinya, seorang ahli pengakap muda bernama Russell turut serta dalam pengembaraannya.
Up
BUTIRAN
Sebuah filem yang menerima 2 anugerah daripada Anugerah Academy® termasuk untuk kategori Filem Animasi Terbaik. Carl Fredrickson, jurujual belon yang telah bersara bersedia untuk peluang terakhir untuk melaksanakan impiannya. Carl berlepas ke dunia yang ingin dikunjungi semula sejak zaman kanak-kanak lagi dengan mengikat berpuluh ribu belon pada rumahnya. Tanpa disedarinya, seorang ahli pengakap muda berusia 8 tahun yang tidak pernah keluar dari kawasan rumahnya berada di bahagian depan rumah Carl! Mereka berdua terbang tinggi dan berkenalan dengan rakan-rakan baru seperti Dug, anjing yang mempunyai relang leher khas yang membolehkannya berkata-kata, dan Kevin, burung setinggi 13 kaki yang tidak mampu terbang. Semasa terperangkap bersama di hutan belantara, Carl sedar yang kadang-kala, rancangan yang tak menjadi kenyataan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
- Durasi:
- 1 j 36 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2009
- Genre:
- Drama,
- Aksi dan Pengembaraan,
- Sahabat,
- Animasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Pete Docter
- Dibintangi:
- Ed Asner
- Christopher Plummer
- Jordan Nagai
- Bob Peterson
- Delroy Lindo
- Jerome Ranft