Ashito Aoi, seorang pelajar sekolah menengah, ialah bintang harapan sebuah kelab bola sepak yang lemah. Selepas pasukannya tewas dalam satu kejohanan penting, dia bertemu Tatsuya Fukuda, ketua jurulatih sebuah kelab terkemuka Liga-J. Fukuda berkongsi dengan Ashito tentang cita-citanya dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk merealisasikannya.
Aoashi
BUTIRAN
Ashito Aoi, seorang pelajar sekolah menengah dari Ehime, ialah pemain handalan sebuah kelab bola sepak yang lemah. Selepas pasukannya tewas dalam kejohanan terakhir, Aoi melepaskan geram di pantai dan bertemu seorang lelaki yang menonton perlawanannya. Lelaki itu ialah Tatsuya Fukuda, ketua jurulatih Pasukan Belia kelab J-League terkenal, Tokyo City Esperion FC. Fukuda nampak bakat luar biasa dalam diri Aoi lalu berkongsi cita-citanya. Aoi menyahut cabaran itu dan pergi ke Tokyo untuk sesi pemilihan. Manga bola sepak popular "Aoashi" akhirnya mendapat adaptasi siri TV animasi yang dinanti-nantikan! Kegagalan, perkembangan diri dan persahabatan – inilah kisah zaman remaja
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Sukan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kouki Osuzu
- Tatsumaru Tachibana
- Seiichiro Yamashita
- Taku Yashiro
- Maki Kawase
- Chikahiro Kobayashi
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Sentuhan Pertama
Ashito Aoi, bintang bola sepak sebuah pasukan tercorot, bertemu pengurus Esperion FC.
M1:Ep2 Kota Tokyo Esperion
Ashito ke Tokyo dengan penuh semangat untuk menghadapi pemilihan program Belia Esperion.
M1:Ep3 Ujian Akhir Bermula
Ashito dan yang lain yang lulus ujian pertama mesti berlawan dengan Belia Esperion.
M1:Ep4 Si Gagak
Para peserta hilang punca menentang Esperion Youth dan Ashito patah semangat.
M1:Ep5 Pemandangan Jingga
Ashito menerima notis daripada Esperion Youth, membuatkan ibunya sedih. Mereka saling mengelak.
M1:Ep6 Peminat Pertama
Ashito bertemu semula rakan sepasukannya dari ujian pemilihan, serta beberapa pemain elit muda.
M1:Ep7 Perlawanan Belia Pertama
Ashito dan rakan-rakannya berentap dalam perlawanan demi merebut tempat dalam pasukan A Belia.
M1:Ep8 Latihan Malam
Satu perlawanan dalaman diadakan untuk promosi ke Pasukan A. Ashito berasa patah semangat.
M1:Ep9 Bola Sepak Lebih Luas
Togashi mengajar Ashito teknik asas bola sepak: henti dan tendang.
M1:Ep10 Tiada Kompromi
Dalam permainan unik Sebelas Lawan Dua Puluh Satu, Ashito hilang terus kepercayaan Kuroda dan Asari.
M1:Ep11 Perlawanan 1 Liga Metropolis Tokyo - Sekolah Menengah Seikyo
Ashito dan pemain tahun pertama lain resah menjelang perlawanan menentang Sekolah Tinggi Seikyo.
M1:Ep12 Mata Helang
Ashito temui jawapan bagi soalan Date, lantas Pasukan B Esperion melancarkan serangan balas.
M1:Ep13 Giliran
Kuribayashi dari Esperion Youth muncul di TV. Mibu pula terima mesej daripada Date di telefonnya.
M1:Ep14 Hanya Bola Sepak
Fukuda menyuruh Ashito menjadi pemain pertahanan. Ashito sama sekali tidak dapat menerimanya.
M1:Ep15 Tempatku Seharusnya
Ashito bergelut memahami niat Fukuda dalam latihan dan kesal bermain sebagai pemain pertahanan.
M1:Ep16 Suka Awak
Ashito nampak hilang semangat selepas ditukarkan menjadi bek penuh.
M1:Ep17 Perlawanan Liga Tokyo ke-7 - Sekolah Tinggi Universiti Sukan Tama
Ashito bertemu semula dengan Kaneda dan Nakano, kini ahli Kelab Belia Bola Sepak Tokyo Musashino.
M1:Ep18 Angin Perubahan
Pasukan B Esperion berentap dengan Sekolah Tinggi Tama dalam Liga Tokyo.
M1:Ep19 Kekurangan Kita
Perlawanan Tama berakhir. Musashino yang digeruni menanti, tetapi Tachibana enggan bermain.
M1:Ep20 Si Lemah Sebenar
Pasukan B Esperion sedang bangkit semula, tetapi Takeshima dan Togashi pula bergaduh.
M1:Ep21 Perlawanan ke-8 Liga Metropolis Tokyo - Belia Kelab Bola Sepak Tokyo Musashino
Pasukan B Esperion tidak dapat menyembunyikan debaran menjelang perlawanan menentang Musashino.
M1:Ep22 Bagai Syaitan
Musashino menjaringkan mata pertama dan Pasukan B Esperion bertelagah mengenai strategi.
M1:Ep23 Lakukan yang Terbaik. Jangan Kalah. Berjuang Sepenuh Hati.
Pasukan B Esperion hilang mata & pertahanan dalam perlawanan penentuan Liga Metropolitan Tokyo.
M1:Ep24 Mulai Sekarang
Strategi baharu Ashito menyamakan kedudukan. Mampukah pasukan bukan pilihan, Esperion, untuk menang?