Daripada Disney dan pengarah Tim Burton, pengembaraan aksi langsung hebat Dumbo mengembangkan kisah klasik yang disayangi. Ia meraikan perbezaan, menghargai keluarga dan merealisasikan impian. Sebuah sarkas yang bergelut kembali gemilang dengan seekor anak gajah yang boleh terbang, tetapi apabila mereka menarik minat seorang pelabur baharu, mereka mendapati rancangannya menyembunyikan rahsia gelap.
Dumbo
BUTIRAN
Daripada Disney dan pengarah berwawasan Tim Burton, saksikan pengembaraan aksi langsung hebat Dumbo. Kisah klasik kesayangan ramai ini dikembangkan untuk meraikan perbezaan, menghargai keluarga dan menerbangkan impian. Pemilik sarkas Max Medici (Danny DeVito) mengupah bekas bintang Holt Farrier (Colin Farrell) dan anak-anaknya untuk menjaga seekor anak gajah. Telinga besarnya menjadikan gajah itu bahan ketawa di sarkas mereka yang sedang bergelut. Namun, apabila mereka mendapati Dumbo boleh terbang, sarkas itu bangkit semula dengan hebatnya. Kejayaan ini menarik minat usahawan V. A. Vandevere (Michael Keaton) yang pandai memujuk. Dia merekrut gajah unik itu untuk tarikan terbaharunya yang gah, Dreamland. Dumbo terbang tinggi bersama ahli akrobat udara yang menawan, Colette Marchant (Eva Green)—sehinggalah Holt mendapat tahu bahawa di sebalik kegemilangannya, Dreamland menyembunyikan banyak rahsia gelap.
- Durasi:
- 1 j 57 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2019
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Tim Burton
- Dibintangi:
- Colin Farrell
- Michael Keaton
- Danny DeVito
- Eva Green
- Alan Arkin
- Nico Parker