Jurutera perisian muda, Lily Chan menyiasat bahagian pembangunan rahsia majikannya, sebuah syarikat teknologi canggih di Silicon Valley, yang dia percaya mendalangi pembunuhan teman lelakinya.
Devs
BUTIRAN
"Devs" mengisahkan seorang jurutera perisian muda, Lily Chan, yang bekerja di Amaya, sebuah syarikat teknologi canggih. Selepas teman lelakinya, Sergei, mati dan disyaki bunuh diri, Lily mengesyaki perbuatan khianat lalu menyiasat sendiri. Siasatannya mendapati semua petunjuk menjurus kepada Forest, CEO Amaya yang penuh misteri, dan Devs, bahagian pembangunan rahsia syarikat itu. Dalam usahanya mencari kebenaran, Lily membongkar satu konspirasi teknologi yang berpotensi mengubah dunia.
- Tarikh Pelancaran:
- 2020
- Genre:
- Drama,
- Cereka Sains,
- Ngeri
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Sonoya Mizuno
- Nick Offerman
- Jin Ha
- Zach Grenier
- Stephen Henderson
- Cailee Spaeny
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Seorang jurutera perisian mengesyaki majikannya dalang pembunuhan teman lelakinya.
M1:Ep2 Episod 2
Lily meminta bantuan bekas kekasihnya, Jamie, untuk menyiasat kehilangan Sergei.
M1:Ep3 Episod 3
Lily kembali bekerja di Amaya dan menjelaskan kecurigaannya kepada Jen dan Anya.
M1:Ep4 Episod 4
Akibat perangai Lily di Amaya, Kenton memaksanya berjumpa pakar psikiatri.
M1:Ep5 Episod 5
Kenton melawat Jamie untuk memastikan dia tutup mulut.
M1:Ep6 Episod 6
Lily dan Jamie melawat Forest untuk mencari jawapan.
M1:Ep7 Episod 7
Pasukan Devs menyempurnakan sistem, dan Forest dan Katie menanti projek Devs selesai.
M1:Ep8 Episod 8
Lily tiba untuk pertembungan terakhir dengan Forest dan Katie.