Pada 1735, Qianlong menaiki takhta. Kekasih zaman kecilnya, Ruyi, menjadi gundiknya. Mereka saling menyokong mengharungi kesusahan bersama. Bertahun-tahun kemudian, Qianlong berjaya menjadikan Ruyi maharani. Namun, Ruyi sedar suaminya telah berubah menjadi maharaja yang paranoid, tidak tetap pendirian dan mementingkan diri. Cinta dan kepercayaan mereka mula pudar. Namun, Ruyi tetap berpegang pada kenangan indah mereka dan menjalankan tugasnya sebagai maharani sehingga akhir hayatnya.
Ru Yi Zhuan
BUTIRAN
Pada 1735, Qianlong menaiki takhta dan membawa Ruyi, kekasih hatinya sejak kecil, ke istana sebagai gundik. Namun, perkahwinan mereka yang bahagia mula retak. Kedudukan Ruyi sebagai Gundik Xian membuatkannya dipulaukan, manakala dendam Ibu Suri terhadap keluarganya meletakkan nyawanya dalam bahaya. Di tengah-tengah perebutan kuasa antara Qianlong, Ibu Suri dan para menteri, Ruyi dan Qianlong saling menyokong untuk mengatasi segala rintangan. Akhirnya, Qianlong menabalkan Ruyi sebagai permaisuri untuk memerintah bersama. Namun, Ruyi sedar Qianlong telah berubah. Sifatnya sebagai maharaja yang paranoid, tidak tetap pendirian dan mementingkan diri semakin terserlah, menghancurkan cinta dan kepercayaan antara mereka. Walau bagaimanapun, Ruyi tetap berpegang pada kenangan indah mereka dan setia menjalankan tugasnya sebagai permaisuri sehingga ke akhir hayat.
- Tarikh Pelancaran:
- 2018
- Genre:
- Drama,
- Sejarah,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Zhou Xun
- Wallace Huo
- Janine Chang
- Jie Dong
- Tanya Tong
- Zhilei Xin
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Qingying dan Putera Keempat Hongli bercinta sejak kecil. Dia menjadi gundik kedua Hongli.
M1:Ep2 Episod 2
Yongzheng mangkat. Hongli mewarisi takhta dan pemerintahannya digelar Qianlong.
M1:Ep3 Episod 3
Ibu saudara Qingying sanggup mati demi melindunginya. Dia mendakwa ibu saudaranya mati kerana marah.
M1:Ep4 Episod 4
Atas permintaan Qingying, maharaja mengizinkan ibu suri berpindah ke Istana Ketenangan.
M1:Ep5 Episod 5
Ibu Suri mengingatkan maharaja agar berlaku adil terhadap semua wanita.
M1:Ep6 Episod 6
Maharaja berkenan pada seorang pemuzik pipa lalu melantiknya sebagai gundik, menggemparkan istana.
M1:Ep7 Episod 7
Xiyue menghukum Hailan kerana dituduh mencuri arang. Ruyi bergegas ke sana. Suoxin mencari maharaja.
M1:Ep8 Episod 8
Ruiji menuduh Ruyi membubuh racun pada krim ubatnya, tetapi Hailan berjaya membersihkan nama Ruyi.
M1:Ep9 Episod 9
Maharaja mengunjungi Ruiji, yang gembira melihat rancangannya menjadi.
M1:Ep10 Episod 10
Ruyi memohon maharaja anugerahkan gelaran diraja pada ibu kandungnya, Li Jingui, tapi baginda murka.
M1:Ep11 Episod 11
Maharaja memilih Ruyi sebagai ibu angkat baharu Yonghuang, mengatasi Maharani dan Xiyue.
M1:Ep12 Episod 12
Lianxin enggan mengahwini Wang Qin. Ruiji melahirkan anak pertamanya selepas maharaja naik takhta.
M1:Ep13 Episod 13
Xiyue mengacau makanan Ruiji untuk mensabotaj kehamilannya. Ruiji percaya bayinya lelaki.
M1:Ep14 Episod 14
Xiyue dapat tahu anak Ruiji yang lahir cacat meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.
M1:Ep15 Episod 15
Sida Wang terminum teh berubat dan pil perangsang. Dia menyangka Xiyue ialah Lianxin lalu merabanya.
M1:Ep16 Episod 16
Maharaja tidak senang dengan Langhua. Xiyue hilang kurnia manakala nama Ruyi dibersihkan.
M1:Ep17 Episod 17
Ruyi menjaga rapi makanan dan kegiatan Huang Qiying, namun bayinya tetap lahir mati.
M1:Ep18 Episod 18
Xiaoluzi, Xiaofuzi dan Xiaoanzi menegaskan Ruyi menyuruh mereka mencederakan kedua-dua putera.
M1:Ep19 Episod 19
Ruiji dan Huang Qiying cuba membunuh Ruyi. Hailan memaklumkan maharaja.
M1:Ep20 Episod 20
Maharaja membuang Ruyi ke Istana Dingin. Sambil berlalu, dia menyoal niat sebenar baginda.
M1:Ep21 Episod 21
Asma Putera Kedua kembali. Maharani menyalahkan Hailan dan memaksanya melutut dalam hujan.
M1:Ep22 Episod 22
Hailan ke bilik sulaman untuk menarik perhatian maharaja. Cinta baginda berputik kembali.
M1:Ep23 Episod 23
Maharaja ternampak Yanwan di Taman Diraja. Hailan bimbang Yanwan akan menjadi seperti Aruo.
M1:Ep24 Episod 24
Ling Yunche selamatkan Ruyi daripada ular. Jiang Yubin dapati makanan Ruyi dan Suoxin telah diusik.