Langsung tak tahu kung fu, Wei Xiaobao hanya bergantung pada akal liciknya untuk melepaskan diri antara istana maharaja dan kumpulan berbahaya dunia persilatan. Dia yang pada mulanya menyamar sebagai sida-sida, secara kebetulan menjadi sahabat Maharaja Kangxi. Mengharungi pelbagai rintangan, Xiaobao berjaya membantu Kangxi mengukuhkan takhta lalu menjadi Duke of Deer Cauldron.
The Deer and the Cauldron
BUTIRAN
Wei Xiaobao ialah wira yang tak disangka-sangka. Anak kepada seorang pelacur pada zaman awal Dinasti Qing ini licik tetapi cerdik. Perjalanannya dari sebuah rumah pelacuran di Yangzhou ke ibu kota Peking penuh dengan pancaroba.
Setelah diculik ke istana, Xiaobao terpaksa menyamar sebagai sida-sida untuk selamatkan diri. Tanpa disangka, dia berkawan baik dengan Maharaja Kangxi yang muda. Dengan kepintarannya, Xiaobao membantu Kangxi melindungi takhtanya daripada musuh berbahaya dan terselamat daripada serangan kumpulan ajaran sesat serta kumpulan jahat yang lain. Pada masa yang sama, dia bertemu dan memikat hati tujuh orang wanita.
- Tarikh Pelancaran:
- 2020
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Sejarah,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Zhang Yishan
- Tang Yixin
- Zhang Tianyang
- Zhu Zhu
- Yang Qiru
- Guo Yang
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Diculik ke istana, Wei Xiaobao dipaksa menyamar sebagai sida-sida, Xiaoguizi.
M1:Ep2 Episod 2
Xiaobao mendapat tahu identiti sebenar Xiaoxuanzi, kawan baharu dan teman latih tandingnya.
M1:Ep3 Episod 3
Maharaja Kangxi meminta Xiaobao menangkap Oboi. Walaupun takut, Xiaobao meneruskan rancangan itu.
M1:Ep4 Episod 4
Xiaobao terdengar rahsia Maharani Balu. Rupa-rupanya, baginda hebat berkungfu
M1:Ep5 Episod 5
Xiaobao dibenarkan keluar dari istana lalu mendapati Xu Tianchuan terluka.
M1:Ep6 Episod 6
Maharani Balu menangkap Wei Xiaobao untuk menutup mulutnya, tetapi Xiaobao berjaya melarikan diri.
M1:Ep7 Episod 7
Xiaobao selamatkan senior Mu Jianping, Fang Yi. Maharani Balu hantar Liu Yan & Rui Dong membunuhnya.
M1:Ep8 Episod 8
Atas titah Maharaja Kangxi, Wei Xiaobao bertemu Wu Yingxiong dan mengugutnya.
M1:Ep9 Episod 9
Mengikut rancangan Kangxi, Wei Xiaobao melepaskan para pembunuh untuk menjejaki konco-konco mereka.
M1:Ep10 Episod 10
Bonda Permaisuri mengutuskan Lui Yan untuk menemani Xiaobao mendapatkan Sutera Empat Puluh Dua Bab.
M1:Ep11 Episod 11
Wei Xiaobao mengaku kepada Maharaja Kangxi dia bukan Xiaoguizi dan menceritakan semua yang dia tahu.
M1:Ep12 Episod 12
Xiaobao dikhayalkan dan diikat oleh Zhang Laosan, tapi diselamatkan Puan Ketiga Zhuang dan hantunya.
M1:Ep13 Episod 13
Xiaobao melarikan diri daripada Dhutanga Gemuk, lalu dipujuk Fang Yi untuk pergi ke Pulau Naga.
M1:Ep14 Episod 14
Di Pulau Naga, Xiaobao dengan bijaknya berjaya menjadi Utusan Naga Putih.
M1:Ep15 Episod 15
Maharaja Kangxi menghantar Xiaobao ke Tokong Qingliang untuk menjadi sami dan menemani ayahnya.
M1:Ep16 Episod 16
Beberapa lama datang mengacau di Tokong Qingliang, lalu Xiaobao menghantar Tuan Xingchi pergi.
M1:Ep17 Episod 17
Xiaobao diculik Jiunan, namun berjaya meraih kepercayaannya dan menghasutnya membunuh Maharani Balu.
M1:Ep18 Episod 18
Xiaobao berjaya menjadi anak murid Jiunan yang kemudian mengamanahkan Sutra kepadanya.
M1:Ep19 Episod 19
Xiaobao mendedahkan Maharani Balu palsu kepada Kangxi dan membantunya menyelamatkan yang sebenar.
M1:Ep20 Episod 20
Demi menjaga hati Wu Sangui, Maharaja Kangxi setuju mengahwinkan Puteri Jianning dengan anaknya.
M1:Ep21 Episod 21
Jianning perlu belajar etika daripada Jiunan, dan mula cemburu serta curiga pada Xiaobao dan A Ke.
M1:Ep22 Episod 22
Xiaobao melengahkan Wu Sangui dan Jianning, lalu tahu Yang Yuzh dicacatkan teruk oleh Wu Sangui.
M1:Ep23 Episod 23
Wei Xiaobao berjaya menukar Sutra palsu dengan Sutra asli Wu Sangui.
M1:Ep24 Episod 24
Wu Yingxiong dikebiri oleh Jianning, dan Xiaobao mesti bergegas menyelamatkan A Ke dan Mu Jianping.