Dear Killer Nannies
Dear Killer Nannies
TV-MA
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2026 • 1 Musim
Drama, Jenayah

Juampi, anak Pablo Escobar, melalui zaman kanak-kanak yang pelik kerana dibesarkan oleh pembunuh upahan. Dia mengidolakan ayahnya sebagai seorang dermawan, tetapi semakin dewasa, dia sedar ayahnya ialah seorang penjenayah. Kini, dia terpaksa memikul beban nama keluarganya dan memutuskan sama ada mahu meneruskan legasi keluarga atau memulakan hidup baharu.

Dear Killer Nannies

BUTIRAN


Juampi ialah seorang kanak-kanak kesepian yang hidup dalam kemewahan. Baginya, ayahnya ialah dermawan paling pemurah di Medellín, dengan kekayaan yang mewajibkan mereka hidup bersama pengawal peribadi yang juga menjadi teman sepermainannya. Namun, dunia yang ideal ini mula runtuh apabila dia mendapat tahu bahawa "pengasuh" kesayangannya ialah pembunuh upahan yang diupah untuk menggadaikan nyawa demi keluarganya, dan ayahnya, Pablo Escobar, ialah raja dadah paling digeruni dan dikehendaki di dunia. Ini kisah seorang kanak-kanak yang kehilangan ke polosannya kerana mewarisi perang yang bukan miliknya, sambil membawa stigma nama keluarga yang mengubah hidupnya menjadi perlumbaan melawan maut. Juan Pablo Escobar menceritakan sendiri bagaimana rasanya membesar di dalam Kartel Medellín, empayar jenayah paling berkuasa pada zamannya.

Tarikh Pelancaran:
2026
Genre:
Drama,
Jenayah
Klasifikasi:
TV-MA
Pencipta:
Sebastián Ortega
Juan Pablo Escobar
Pablo Farina
Pelakon:
Janer Villarreal
Laura Rodríguez
Julián Zuluaga
Juanita Molina
Andrés Delgado
John Leguizamo
Kategori:
Siri

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Akhir Kesuci-an

    M1:Ep1 Akhir Kesuci-an

    Juampi membesar dalam kemewahan dan keganasan di tangan pembunuh upahan Pablo Escobar.

  • thumbnail - M1:Ep2 Menghadapi Ketakutan

    M1:Ep2 Menghadapi Ketakutan

    Juampi berdepan dengan kebenaran tentang ayahnya untuk bebas daripada legasi yang membelenggunya.

  • thumbnail - M1:Ep3 Ketua Keluarga

    M1:Ep3 Ketua Keluarga

    Walaupun dibuang negeri, nama Escobar menjadi beban amat berat buat Juan Pablo sekeluarga.

  • thumbnail - M1:Ep4 Belajar untuk Melepaskan

    M1:Ep4 Belajar untuk Melepaskan

    Juan Pablo ingin melupakan masa lalunya, lalu bersemuka dengan mereka yang mahu melihatnya mati.

  • thumbnail - M1:Ep5 Kelahiran Semula

    M1:Ep5 Kelahiran Semula

    Terkurung dan diburu, keluarga Escobar mencari jalan keluar untuk memulakan hidup baharu.

  • thumbnail - M1:Ep6 Kehilangan Ilusi

    M1:Ep6 Kehilangan Ilusi

    Dihimpit perebutan kuasa dan pengkhianatan, Juan Pablo berusaha mengawal semula hidupnya.

  • thumbnail - M1:Ep7 Pelajaran Terakhir

    M1:Ep7 Pelajaran Terakhir

    Di tengah syak wasangka dan keruntuhan, Juampi kembali terhubung dengan asal usulnya.

  • thumbnail - M1:Ep8 Jangan Pandang Belakang

    M1:Ep8 Jangan Pandang Belakang

    Juampi terus kehilangan. Rahsia yang terbongkar membawanya bersemuka dengan ayahnya.

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Impuros
  • thumbnail - I Leoni Di Sicilia
  • thumbnail - Good American Family
  • thumbnail - Las Largas Sombras
  • thumbnail - Santa Evita
  • thumbnail - Hija del fuego: La venganza de la bastarda
  • thumbnail - Gutierrez is Mai Neim
  • thumbnail - Suspicious Minds