Dipaparkan dari pelbagai perspektif untuk meneroka isu berat sebelah dan trauma, drama mencengkam ini diilhamkan oleh kisah meresahkan sepasang suami isteri yang mengambil seorang anak angkat perempuan dengan sejenis kekerdilan yang jarang berlaku. Namun, semasa mereka membesarkannya bersama tiga anak kandung mereka, misteri menyelubungi usia dan latar belakangnya, dan mereka perlahan-lahan mula mengesyaki dia mungkin bukan seperti yang didakwa.
Good American Family
BUTIRAN
Dikisahkan dari pelbagai sudut pandangan untuk meneroka isu perspektif, berat sebelah dan trauma. Drama mencengkam ini diilhamkan oleh kisah meresahkan sepasang suami isteri yang mengambil seorang anak angkat perempuan dengan keadaan kekerdilan yang jarang berlaku. Namun, semasa membesarkannya bersama tiga anak kandung mereka, misteri menyelubungi umur dan latar belakangnya, lantas mereka mula mengesyaki dia bukan seperti yang disangka. Ketika mereka mempertahankan keluarga daripada anak yang dianggap ancaman, dia pula berjuang menghadapi masa lalunya dan menentukan masa depannya dalam pertembungan yang berakhir di mahkamah dan menjadi tajuk utama tabloid.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Drama,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Katie Robbins
- Pelakon:
- Ellen Pompeo
- Mark Duplass
- Imogen Faith Reid
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Hampir Seperti Doa
Masih bersedih kerana gagal mengambil anak angkat, keluarga Barnett mendapat peluang kedua.
M1:Ep2 Lompat Usir Gelisah
Natalia mula bersekolah.
M1:Ep3 Hantu di Mana-mana
Kristine menyiasat umur Natalia.
M1:Ep4 Hitam di Atas Putih
Perkahwinan Michael dan Kristine di ambang kehancuran.
M1:Ep5 Sengsara Tanpanya
Kini bersendirian, Natalia berdepan dengan keadaan baharu dan cara dunia memandangnya.
M1:Ep6 Bukan Hari Ini Syaitan
Natalia waswas untuk mempercayai sekutu-sekutu yang tak dijangka.
M1:Ep7 Jika Pandai Bercerita
Keluarga Barnett fikir mereka sudah bebas daripada Natalia. Detektif Drysdale mengambil alih kesnya.
M1:Ep8 Darah di Tangannya
Ketika dunia menyaksikan, Natalia dan keluarga Barnett berentap di mahkamah.