Kisah empat puntianak yang hidup bersama selama ratusan tahun. Selepas kunjungan daripada tuan agung mereka, barulah mereka teringat akan misi asal mereka semasa tiba di Bandar Raya New York lebih seabad yang lalu.
What We Do in the Shadows
BUTIRAN
Berdasarkan filem oleh Jemaine Clement dan Taika Waititi, "What We Do in the Shadows" ialah siri gaya dokumentari tentang kehidupan harian (atau malam) empat vampir yang telah "hidup" bersama selama beratus-ratus tahun di Staten Island. Selepas kunjungan mengejut daripada ketua kegelapan mereka, para vampir diingatkan tentang tugas asal mereka lebih seabad lalu: menakluki Dunia Baharu sepenuhnya. Tapi apakah cara terbaik untuk mencapai penaklukan itu? Kru kamera mengikuti mereka untuk mencari jawapannya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2019 – 2021
- Genre:
- Komedi,
- Seram
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Jemaine Clement
- Pelakon:
- Kayvan Novak
- Matt Berry
- Natasia Demetriou
- Harvey Guillén
- Mark Proksch
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M3:Ep1 Tahanan
Nasib Guillermo di hujung tanduk apabila para puntianak menerima kenaikan pangkat.
M3:Ep2 Jubah Duplikasi
Nandor guna artifak terlarang untuk pikat pekerja kelab kesihatan.
M3:Ep3 Gail
Cinta lama kembali menjelma, kenderaan usang kembali bernyawa.
M3:Ep4 Kasino Itu
Para puntianak memulakan kembara yang mungkin tiada jalan pulang.
M3:Ep5 Dewan Penghakiman
Keadilan ditegakkan, baik dengan taring mahupun di mahkamah tuntutan kecil.
M3:Ep6 Pelarian
Seekor raksasa purba terlepas dan mengancam kewujudan seluruh kaum vampir.
M3:Ep7 Sang Pemikat
Dua pengembara kapal karam dan sebuah anak patung lari dari rumah.
M3:Ep8 Pusat Kesejahteraan
Nandor dipujuk untuk menolak kehidupan puntianak dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
M3:Ep9 Salam Perpisahan
Colin menyambut hari jadinya dan seorang puntianak mengucapkan selamat tinggal.
M3:Ep10 Potret
Rakan serumah meratapi pemergian seorang daripada mereka.