Berlatarkan dunia Massachusetts abad ke-17 yang bergolak, Salem menyelongkar punca sebenar perbicaraan ahli sihir yang terkenal dan berani membongkar kebenaran ghaib yang gelap di sebalik tabir zaman yang penuh keburukan dalam sejarah Amerika ini.
Salem
BUTIRAN
Berlatarkan dunia Massachusetts abad ke-17 yang bergolak, Salem meneroka punca sebenar perbicaraan ahli sihir yang terkenal di pekan itu. Siri ini berani membongkar kebenaran ghaib yang gelap di sebalik zaman sejarah Amerika yang terkenal ini. Di Salem, ahli sihir memang wujud, tetapi mereka tidak seperti yang disangka. Berpusatkan sebuah kisah cinta epik yang menyelubungi pendedahan hebat ini, siri ini memberikan gambaran baharu yang berani tentang Salem – dan ahli sihir.
- Tarikh Pelancaran:
- 2014 – 2016
- Genre:
- Drama,
- Seram,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Brannon Braga
- Adam Simon
- Pelakon:
- Janet Montgomery
- Shane West
- Seth Gabel
- Tamzin Merchant
- Ashley Madekwe
- Elise Eberle
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M3:Ep1 Setelah Kejatuhan
Harapan tunggal Salem untuk selamat daripada neraka yang bangkit adalah membangkitkan si mati.
M3:Ep2 Hati Itu Syaitan
Mary meninggalkan keselesaan di sisi Alden, tekad melakukan apa sahaja untuk menentang kejahatan.
M3:Ep3 Perhitungan
Penebusan dosa Mary atas pengkhianatannya bertukar menjadi maut.
M3:Ep4 Ejen Hitam Malam
Cotton mendapat berita yang mengubah hidupnya, manakala Mary mempelajari kuasa kewanitaannya.
M3:Ep5 Penyihir Itu Kembali
Pengkhianat terbongkar, dan lembaga dari masa silam Salem muncul secara mengejut.
M3:Ep6 Anak Hari Rabu
Cinta rumit Mary dan Alden diuji hebat, manakala Anne terjun ke dunia sihir gelap.
M3:Ep7 Lelaki Yang Menjadi Khamis
Kesetiaan teruji apabila Mary mengambil langkah berbahaya.
M3:Ep8 Kesatria Jumaat
Musuh ketat terpaksa bekerjasama untuk memastikan pintu neraka terus terkunci.
M3:Ep9 Sabtu Berkabung
Hati hancur luluh apabila tembelang semua orang pecah, dan ada yang lebih kejam daripada yang lain.
M3:Ep10 Ahad Hitam
Menjelang kemusnahan Salem, hanya satu persoalan yang tinggal: siapa akan selamat?