Siri antologi empat bahagian yang diilhamkan oleh kes jenayah sebenar di Taiwan, termasuk penipuan insurans nahas kereta api, pembunuhan sekeluarga, pembunuhan seorang guru sekolah dan pembunuhan kanak-kanak di pangkalan tentera.
Taiwan Crime Stories
BUTIRAN
Siri antologi empat bahagian ini mengisahkan semula kes jenayah sebenar di Taiwan. Suami Wen-Qing koma akibat nahas kereta api, namun dia mengesyaki ada udang di sebalik batu selepas penipuan dan skandal cinta suaminya terbongkar. Polis veteran Wang menyiasat pembunuhan kejam anak perempuannya, dengan hanya pelajar mangsa yang bermasalah sebagai saksi. Seorang wartawan dengan agenda tersembunyi menemu bual pembunuh upahan, Shen, yang menafikan pembunuhan satu keluarga walaupun banyak nyawa telah melayang di tangannya. Seorang buruan, Jie, terpaksa berpacu dengan masa untuk membersihkan nama adiknya, Cheng, yang menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan di kem tentera.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Antologi,
- Ngeri,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Ron Howard
- Cora Yim
- Benjamin Lin
- Pelakon:
- Rhydian Vaughan
- Po-chieh Wang
- Chen Yi-wen
- Vivian Sung
- Fu Meng-bo
- Allison Lin
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Kegelinciran
Akibat nahas kereta api, penyiasat insurans Wen-Qing mula mengesyaki penipuan dan perkahwinannya.
M1:Ep2 Kegelinciran
Cinta lama dan kunjungan misteri menggugat perkahwinan. Siasatan menemui mayat di tepi sungai.
M1:Ep3 Kegelinciran
Kes penipuan insurans cetus bantahan, memaksa Wen-Qing dan pendakwaan keluar daripada siasatan.
M1:Ep4 Persoalan Hidup dan Mati
Seorang wartawan menyiasat pembunuh upahan samseng yang menafikan dia membunuh sekeluarga.
M1:Ep5 Soal Hidup dan Mati
Lee mencetuskan sengketa geng, namun tersisih akibat audio bocor dan berita Shen lolos dari penjara.
M1:Ep6 Soal Hidup dan Mati
Lee diperangkap, lalu terbongkarlah satu rahsia lama. Shen yang berdendam bertekad menuntut bela.
M1:Ep7 Keberatan Dosa
Seorang guru sekolah rendah diserang hingga mati. Saksi tunggalnya? Seorang pelajar yang bermasalah.
M1:Ep8 Keberatan Dosa
Seorang polis veteran taksub memburu pembunuh anak perempuannya.
M1:Ep9 Keberatan Dosa
Rahsia bersama Yi dan Hao merenggangkan persahabatan mereka.
M1:Ep10 Arus Gelap
Dua beradik, seorang askar dan seorang buruan, terheret dalam kes pembunuhan di pangkalan tentera.
M1:Ep11 Arus Gelap
Askar tak bersalah diseksa hingga mengaku. Seorang buruan berusaha mencari kebenaran.
M1:Ep12 Arus Gelap
Dua orang yang tersisih melarikan diri selepas difitnah. Siapakah pembunuh sebenar?