Hanya golongan "sudu emas" yang bersekolah di Sekolah Tinggi Jaeil di Seoul. Lee Seungcheon, seorang "sudu tanah", bertemu dengan seorang wanita tua misteri dan mendapat tahu cara untuk menjadi kaya. Seungcheon menukar kehidupannya dengan Hwang Taeyong, pewaris Kumpulan Doshin. Dia mula menjalani kehidupan mewah yang diimpikannya. Namun, rasa bersalah kerana menukar ibu bapanya mendorong Seungcheon untuk berjumpa semula dengan wanita tua itu.
The Golden Spoon
BUTIRAN
Hanya golongan "sudu emas" yang bersekolah di Sekolah Tinggi Jaeil di Seoul. Lee Seungcheon, satu-satunya "sudu tanah" di sekolah itu, terserempak dengan seorang wanita tua misteri dan mengetahui cara untuk menjadi kaya. Melalui kaedah ini, nasib Seungcheon tertukar dengan Hwang Taeyong, anak presiden Kumpulan Doshin, lelaki terkaya di Korea. Lee Seungcheon menjadi Hwang Taeyong, dan Hwang Taeyong menjadi Lee Seungcheon. Seungcheon akhirnya dapat menjalani kehidupan "sudu emas" yang diidamkannya, namun kehidupan sebagai anak orang kaya ternyata sukar. Suatu hari, dia mendapat berita bahawa ayahnya, Cheol, cedera parah dan nyawanya dalam bahaya. Rasa bersalah kerana menukar ibu bapanya dan kasih sayangnya terhadap si ayah mendorong Seungcheon untuk berjumpa semula dengan wanita tua itu.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Yook Sungjae
- Lee Jongwon
- Jung Chaeyeon
- Yeonwoo
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Seungcheon, si 'sudu tanah', menemui sudu emas yang boleh menukar ibu bapanya.
M1:Ep2 Episod 2
Seungcheon menjadi Hwang Taeyong dengan sudu itu, tetapi Taeyong sebenar menghadapi masalah.
M1:Ep3 Episod 3
Seungcheon mendapat tahu tentang peraturan sudu emas yang tidak diberitahu oleh wanita tua itu.
M1:Ep4 Episod 4
Seungcheon bimbang dia akan terbongkar, dan kemunculan orang ketiga membahayakan dirinya.
M1:Ep5 Episod 5
Berita Cheol mungkin mati sedarkan Seungcheon, tapi hasratnya untuk kaya masih menyeksanya.
M1:Ep6 Episod 6
Walaupun cintakan Juhee, Seungcheon tetap kembali menjadi Hwang Taeyong.
M1:Ep7 Episod 7
Seungcheon membongkar lagi rahsia Taeyong sebenar sambil membantu keluarganya yang miskin.
M1:Ep8 Episod 8
Seungcheon tergamam Taeyong mungkin bunuh Presiden Na, dan dia pula yang akan dipersalahkan.
M1:Ep9 Episod 9
Seungcheon kembali ke Korea sepuluh tahun kemudian dan bertemu semula dengan Juhee.
M1:Ep10 Episod 10
Seungcheon bersetuju untuk ditemu ramah Juhee, semata-mata untuk berjumpa dengannya lagi.
M1:Ep11 Episod 11
Juhee dan Seungcheon semakin rapat, dan Taeyong semakin hampir dengan rahsia sudu emas.
M1:Ep12 Episod 12
Taeyong bertemu wanita tua itu. Selepas mengetahui segalanya, dia mahu kembali ke kehidupan asalnya.
M1:Ep13 Episod 13
Seungcheon kembali ke dirinya yang asal, dan memikirkan cara untuk kembali menjadi Hwang Taeyong.
M1:Ep14 Episod 14
Hyeondo merahsiakan yang dia juga guna sudu emas dan menyambut Seungcheon sebagai "Hwang Taeyong".
M1:Ep15 Episod 15
Akibat kematian Cheol, Seungcheon menyesali pilihan masa lalunya dan membuat tekad baharu.
M1:Ep16 Episod 16
Seungcheon kini menjadi suspek pembunuhan dan bergelut untuk mensabitkan Hyeondo.