Assembled: The Making of Black Panther: Wakanda Forever
Assembled: The Making of Black Panther: Wakanda Forever
TV-14
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
202357 m
Dokumentari

Saksikan pembikinan "Black Panther: Wakanda Forever" dalam episod Assembled ini. Barisan pelakon dan kru menyahut cabaran luar biasa untuk memberi penghormatan kepada T’Challa dengan sebuah babak yang selayaknya buat mendiang raja. Melalui rakaman di sebalik tabir dan temu bual eksklusif, saksikan Shuri menggalas tanggungjawab sebagai wira Wakanda dan berdepan musuh baharu dari lautan dalam, Namor.

Assembled: The Making of Black Panther: Wakanda Forever

BUTIRAN


Menghormati masa lalu sambil melangkah ke masa depan. Menerajui sebuah negara sambil bertembung dengan negara lain. Mengambil alih peranan seorang raja dan wira yang telah pergi terlalu awal. Inilah tugas-tugas yang digalas oleh Shuri selepas pemergian T’Challa dalam "Black Panther: Wakanda Forever" oleh Marvel Studios.



Melalui lensa unik di sebalik tabir, kita mendapat akses penuh kepada produksi sambil mereka mencipta bab seterusnya dalam perjalanan wira kita. Negara Wakanda diperkaya melalui penerokaan Kota Emas dan puncak selatan berais yang menjadi kediaman M’Baku dan kaum Jabari. Pemahaman kita tentang watak seperti Okoye dan Nakia diperdalam melalui rekaan kostum indah yang mendapat inspirasi daripada pelbagai budaya Afrika yang kaya.



Kita akan melihat kesan keputusan T’Challa melalui pengenalan Riri Williams lakonan Dominque Thorne dan sut adiwira mekanikalnya sendiri. Namun yang paling penting, kita akan mengembara ke dasar lautan bersama barisan pelakon dan kru untuk bertemu Namor dan negara Talokan. Selepas berbulan-bulan berlatih koreografi dan selam bebas, kaum Talokanil dan Wakanda, bersama Namor dan Shuri, akan bertarung demi masa depan kedua-dua negara dan aset paling berharga mereka, vibranium.



Shuri telah hancur, tetapi untuk menjadi Black Panther, dia mesti memimpin dengan hati, bukan dengan penumbuk. Untuk menghormati abangnya, dia mesti memadamkan dendamnya, tetapi kelicikan, kekejaman dan kekuatan Namor akan menguji had kesabarannya.



Episod Assembled ini membawa penonton ke bahagian paling intim dalam produksi dan membolehkan kita menyaksikan pengarah Ryan Coogler mengemudi naskhah ini dengan begitu mahir. Ini mungkin bukan kisah yang dirancang pada asalnya, tetapi inilah kisah yang perlu diceritakan. Di sebalik kehilangan yang besar, barisan pelakon dan kru pengembaraan "Black Panther" yang pertama bersatu sekali lagi untuk menghasilkan sebuah kisah indah tentang kesedihan, komuniti dan kasih sayang.

Durasi:
57 m
Tarikh Pelancaran:
2023
Genre:
Dokumentari
Klasifikasi:
TV-14

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Black Panther: Wakanda Forever
  • thumbnail - Di Sebalik Tabir Thor: Love and Thunder
  • thumbnail - Thor: Love and Thunder
  • thumbnail - Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.
  • thumbnail - Ant-Man
  • thumbnail - Black Panther
  • thumbnail - Marvel Studios' Avengers: Infinity War
  • thumbnail - Marvel Studios' Avengers: Endgame