Berdasarkan koleksi terlaris Cheryl Strayed, Tiny Beautiful Things mengisahkan seorang wanita yang perkahwinannya di hujung tanduk, anak perempuannya semakin menjauh dan kerjaya penulisannya gagal. Apabila seorang rakan mencadangkan agar dia mengambil alih ruangan nasihat, Clare fikir dialah orang yang paling tidak layak... sedangkan mungkin dialah yang paling berkelayakan.
Tiny Beautiful Things
BUTIRAN
Berdasarkan koleksi terlaris oleh Cheryl Strayed, "Tiny Beautiful Things" mengisahkan Clare (Kathryn Hahn) yang menjadi kolumnis nasihat terkenal tika hidupnya sendiri kucar-kacir. Perkahwinannya di hujung tanduk, anak perempuannya enggan bercakap dengannya, dan kerjaya penulisannya terkubur. Apabila ditawarkan untuk mengambil alih kolum nasihat Dear Sugar, Clare rasa dialah orang terakhir yang layak. Namun selepas bersetuju, dia sedar yang mungkin dia sebenarnya paling berkelayakan.
Surat-surat pembaca memaksanya mengimbau kembali detik-detik penting hidupnya — kematian ibunya, keretakan hubungan dengan abangnya, malah hubungan seks yang teruk di pejabat belakang rumah pengebumian. Melalui kisah silamnya yang indah, sukar dan lucu, Clare menunjukkan bahawa kita semua boleh diselamatkan. Kerana kisah hidup kitalah yang akhirnya akan menyelamatkan kita... dan mungkin membawa kita pulang.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kathryn Hahn
- Sarah Pidgeon
- Quentin Plair
- Tanzyn Crawford
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Juruterbang
Ketika hidupnya mula goyah, Clare diminta untuk mengendalikan kolum nasihat, Dear Sugar.
M1:Ep2 Sayangmu
Kalau hidup Clare sendiri pun tunggang-langgang, layakkah dia menjadi Sugar?
M1:Ep3 Kapal Hantu
Danny dan Clare cuba merungkai hubungan mereka, sambil Clare mengenang jalan hidup tak dipilihnya.
M1:Ep4 Di Bawah Bintang
Clare dihantui oleh seorang penulis surat yang terdesak memerlukan nasihat Sugar.
M1:Ep5 Hidung
Rae yang berang memberitahu Clare dan Danny dia tak nak balik sekolah.
M1:Ep6 Barang Rosak
Danny dan Clare kaji hubungan intim mereka ketika penulis surat mendedahkan aib teman lelakinya.
M1:Ep7 Pergi
Bila Amy dapat berita baik di bengkel penulis, Clare terfikir jika keluarganya menjadi penghalang.
M1:Ep8 Cinta
Selepas berita mengejutkan daripada Danny, Rae mendedahkan penghantar sebenar wang yang hilang.