"Tell Me Lies" menyingkap hubungan bergelora tetapi mengasyikkan yang terjalin selama 8 tahun. Apabila Lucy Albright dan Stephen DeMarco bertemu di kolej, mereka berada pada usia di mana pilihan yang nampak remeh membawa padah yang berkekalan. Mereka pantas terjerat dalam hubungan cinta yang membelenggu, yang bakal mengubah bukan sahaja kehidupan mereka, tetapi juga nasib orang di sekeliling mereka untuk selamanya.
Tell Me Lies
BUTIRAN
Tell Me Lies menyorot sebuah hubungan yang bergelora tetapi mengasyikkan selama 8 tahun. Semuanya bermula di kolej apabila Lucy Albright bertemu Stephen DeMarco. Pada usia muda yang penuh penentuan, pilihan yang nampak remeh boleh membawa akibat yang berkekalan. Hubungan mereka yang pada mulanya seperti cinta biasa di kampus, cepat bertukar menjadi satu jerat ketagihan. Ikatan ini bukan sahaja mengubah hidup mereka, malah kehidupan orang di sekeliling mereka untuk selamanya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama,
- Ngeri,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Meaghan Oppenheimer
- Pelakon:
- Grace Van Patten
- Jackson White
- Cat Missal
- Spencer House
- Sonia Mena
- Branden Cook
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Sambaran Kilat
Kejadian tak dijangka pada minggu pertama Lucy di kolej menjadikan hidupnya tunggang-langgang.
M1:Ep2 Berdarah Panas
Lucy bergelut selepas Minggu Suai Kenal dan keluar temu janji pertamanya dengan Stephen.
M1:Ep3 Kita Tak Bersentuh, Kita Bertembung
Tekanan hebat yang dihadapi Wrigley turut menjejaskan hubungannya dengan Pippa.
M1:Ep4 Tanggalkan Seluar dan Jaket
Lucy cuba menentukan status hubungannya dengan Stephen.
M1:Ep5 Krismas Sial
Lucy dan Stephen pulang untuk cuti musim sejuk dan berdepan dengan ketegangan keluarga.
M1:Ep6 Dan Maaf Jika Aku Menyakitimu
Lucy bersemuka dengan Stephen mengenai penemuannya di majlis peringatan Macy.
M1:Ep7 Istana di Awan
Geng ini pergi ke rumah tasik Evan untuk meraikan hari jadinya yang ke-21.
M1:Ep8 Jangan Membazirkan Emosi
Perasaan Pippa bercampur baur selepas Wrigley bertemu ayahnya.
M1:Ep9 Sayang, Kita Gugur Berjuang
Ketegangan antara Wrigley dan Drew memuncak. Lucy berdepan dengan masa lalunya.
M1:Ep10 Bilik Rakan-rakan Kita
Lucy dan Stephen pergi ke parti akhir semester dan segalanya berubah.