Apabila Croc dibebaskan dari penjara, dia mencari perlindungan daripada bekas ketua gengnya. Dia ditugaskan untuk bekerjasama dengan Zhi-ping Chen, seorang petani yang menuntut jawapan tentang masalah bekalan air di ladangnya. Kerana tidak mahu dipandang rendah, Croc menyiasat isu tersebut. Selepas melalui pelbagai liku, Croc membongkar pakatan sulit antara pegawai kerajaan dengan ahli perniagaan tempatan.
Eyu
BUTIRAN
Pernah bercita-cita untuk menjadi sekuat buaya, kesetiaan Croc yang salah tempat menyebabkannya dipenjara pada usia 17 tahun. Apabila dibebaskan, dia mencari Ketua Liu, bekas ketua gengnya yang kini menjadi pegawai di pejabat majlis tempatan. Croc meminta kerja kerana mahu memulakan hidup baharu yang normal.
Suatu hari, Croc ditugaskan oleh Ketua Liu untuk membantu penduduk tempatan. Dia perlu bekerjasama dengan Zhi-ping Chen, seorang petani muda yang lantang bersuara menuntut jawapan tentang masalah sekatan air di ladangnya. Pertemuan pertama mereka dingin apabila Zhi-ping menyindir Croc yang tidak tahu apa-apa tentang perladangan. Tidak mahu dipandang rendah, Croc menyiasat isu itu dan membongkar pakatan sulit antara pegawai kerajaan dengan ahli perniagaan tempatan yang menyekat bekalan air secara rahsia.
Pasangan itu tanpa sengaja terjerumus dalam kancah manipulasi politik. Ketua Liu, yang mahukan habuan keuntungan, mengarahkan Croc menghalau Zhi-ping dari ladangnya. Namun, Croc sebaliknya mula melindungi Zhi-ping. Di sebalik pertengkaran mereka, perasaan cinta mula timbul.
Terperangkap dalam rantai makanan yang kejam dan berbelah bahagi antara cinta dan kesetiaan, dapatkah Croc memutuskan rantai itu dan berubah menjadi buaya perkasa yang tidak pernah melepaskan mangsanya?
- Durasi:
- 1 j 41 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2021
- Genre:
- Drama,
- Percintaan,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Tapu Chen
- Pelakon:
- Kai Ko
- Angelica Lee
- Lee Kang-sheng
- Kategori:
- Filem