A Teacher
A Teacher
18+
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2020 • 1 Musim
Drama

Mengupas kerumitan dan akibat hubungan terlarang antara seorang guru wanita muda dengan pelajar lelakinya. Kesan buruk yang ditinggalkan mustahil untuk diabaikan.

A Teacher

BUTIRAN


"A Teacher" meneroka kerumitan dan akibat hubungan terlarang antara seorang guru muda dengan pelajarnya. Cantik dan penuh misteri, Claire ialah guru baharu di Sekolah Tinggi Westerbrook. Tidak bahagia dalam perkahwinannya, hidup Claire berubah apabila Eric, pelajar senior yang menawan di kelasnya, meminta bantuan untuk persediaan ujian SAT. Popular dan peramah, Eric ialah kapten pasukan bola sepak dan sangat rapat dengan rakan-rakannya. Namun di sebalik kesempurnaan itu, Eric terpaksa mengimbangi tekanan sekolah, permohonan kolej, kerja sambilan, dan tanggungjawab menjaga dua adiknya. Apabila Claire dan Eric semakin kerap meluangkan masa bersama, batas perhubungan mereka dilanggar dan bermulalah satu permainan manipulasi yang licik. Kerosakan kekal akibat pilihan Claire akhirnya memberi kesan yang mustahil untuk diabaikan oleh mereka, serta rakan dan keluarga mereka.

Tarikh Pelancaran:
2020
Genre:
Drama
Klasifikasi:
18+
Pencipta:
Hannah Fidell
Pelakon:
Kate Mara
Nick Robinson
Ashley Zukerman
Adam David Thompson
Marielle Scott
Shane Harper
Kategori:
Siri

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Episod 1

    M1:Ep1 Episod 1

    Pada hari pertamanya mengajar di sekolah baharu, Claire bertemu para pelajarnya, termasuk Eric.

  • thumbnail - M1:Ep2 Episod 2

    M1:Ep2 Episod 2

    Eric kantoi minum arak bawah umur, tapi nasib baik seorang rakan baharu membantunya.

  • thumbnail - M1:Ep3 Episod 3

    M1:Ep3 Episod 3

    Hubungan Claire dan Matt menegang apabila mereka meninjau pilihan untuk hamil.

  • thumbnail - M1:Ep4 Episod 4

    M1:Ep4 Episod 4

    Claire menetapkan peraturan yang mesti Eric patuhi apabila hubungan mereka berubah secara dramatik.

  • thumbnail - M1:Ep5 Episod 5

    M1:Ep5 Episod 5

    Claire dan Eric pergi bercuti rahsia sempena hari jadi ke-18 Eric.

  • thumbnail - M1:Ep6 Episod 6

    M1:Ep6 Episod 6

    Eric didesak untuk membongkar butiran intim hubungannya.

  • thumbnail - M1:Ep7 Episod 7

    M1:Ep7 Episod 7

    Eric cuba meneruskan hidup, tapi tempias skandalnya terus menghantui dengan cara yang tak terduga.

  • thumbnail - M1:Ep8 Episod 8

    M1:Ep8 Episod 8

    Claire cuba memulakan hidup baru. Namun, bukan semua orang bersedia untuk melepaskannya.

  • thumbnail - M1:Ep9 Episod 9

    M1:Ep9 Episod 9

    Claire dan Eric masing-masing mencapai had kesabaran.

  • thumbnail - M1:Ep10 Episod 10

    M1:Ep10 Episod 10

    Claire dan Eric sudah membawa haluan sendiri, tapi pertemuan tak dijangka mendedahkan rahsia baharu.

Anda Juga Mungkin Suka