Raikan tujuh dekad keajaiban Disney di lautan luas dalam tunggangan POV melalui Pirates of the Caribbean! Belayar ke gua berkabus, tempuhi pertempuran, nikmati muzik dan sertai pengembaraan lanun yang mendebarkan. Bagi meraikan 70 tahun daya cipta dan penceritaan, tarikan ikonik ini dihidupkan semula dengan cara yang belum pernah anda saksikan.
Pirates of the Caribbean - Disneyland Resort
BUTIRAN
Ayuh belayar dalam pengembaraan berbahaya ke abad ke-17! Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-70 Disneyland® Resort, kami bawakan anda pengembaraan tunggangan dari sudut pandangan anda yang penuh lagak! Alami Pirates of the Caribbean, salah satu tarikan Walt Disney yang paling disukai. Saksikan lanun-lanun ganas menjarah pelabuhan Caribbean dengan muzik ikonik, pesona nakal dan keajaiban Imagineering. Belayar melepasi Dead Man’s Cove yang berhantu, harungi tembakan meriam antara kubu dengan geliung 12 laras, dan banyak lagi. Penghormatan hebat untuk tujuh dekad penceritaan dan keajaiban taman asal Walt ini menimbulkan satu persoalan: Adakah kehidupan lanun untuk anda?
- Durasi:
- 9 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Dokumentari
- Klasifikasi: