Masuklah... kalau berani. Sempena sambutan ulang tahun ke-70 Disneyland® Resort, kami menjemput anda untuk satu tunggangan menyeramkan di dalam Haunted Mansion! Alami sendiri pengalaman dari sudut pandangan anda, melepasi perhimpunan hantu, roh yang menari waltz dan lembaga yang menyanyi di salah satu tarikan paling digemari di dunia ini dan alam seterusnya. Sertailah kami, sentiasa ada ruang untuk seorang lagi.
Haunted Mansion - Disneyland Resort
BUTIRAN
Selamat datang, insan fana! Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-70 Disneyland® Resort, anda dijemput ke alam hantu yang dihuni jelmaan riang, penuh keanggunan seram dan roh-roh nakal dalam pengembaraan Sudut Pandangan yang mengasyikkan di Haunted Mansion. Daripada kaki lilin terapung ke tarian waltz di alam ghaib, setiap babak yang menegakkan bulu roma membawa anda lebih dalam ke salah satu tarikan paling ikonik di Disneyland Resort. Dengarlah bisikan Hos Hantu anda yang memandu Doom Buggy anda melepasi lembaga dan hantu nakal yang menjemput anda ke pesta arwah mereka yang meriah. Ini adalah penghargaan hebat yang menyeronokkan untuk tujuh dekad penceritaan, di mana keajaiban Disney bertemu dengan misteri alam ghaib.
- Durasi:
- 9 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Dokumentari
- Klasifikasi: