"The Flagmakers" mengintai kilang bendera dan tiang bendera Amerika terbesar di negara itu, tempat pelarian dan pendatang berganding bahu dengan rakan sekerja mereka. Mereka yang mempertaruhkan segalanya untuk ke AS ini menjahit 5 juta bendera Amerika setahun.
The Flagmakers
BUTIRAN
Daripada National Geographic Documentary Films, pengarah pemenang Anugerah Akademi Cynthia Wade, pengarah pemenang anugerah Sharon Liese dan penerbit eksekutif Giannis Antetokounmpo, "The Flagmakers" mengemukakan salah satu soalan paling mendesak hari ini: Untuk siapakah bendera Amerika?
Syarikat milik pekerja Eder Flag di Oak Creek, Wisconsin, menjahit dan menghantar lima juta bendera Amerika setahun. Para pembuat bendera — penduduk tempatan, pendatang dan pelarian — menjahit bintang dan jalur sambil bergelut dengan identiti dan rasa kekitaan. Pengurus jahitan Radica, seorang pendatang Serbia, percaya setiap bendera ada jiwanya. Ali, mangsa perang dari Iraq, sedang belajar menggunakan mesin jahit selepas baru 90 hari berada di Amerika Syarikat. Barb yang lahir di Midwestern pula bersahabat baik dengan rakan sekerja pendatangnya, biarpun dia seorang yang konservatif. SugarRay, seorang lelaki Kulit Hitam yang lahir dan dibesarkan di Milwaukee, merenung hubungannya yang rumit dengan negara ini.
Setiap orang memikirkan: Apakah yang diwakili oleh bendera Amerika dalam sebuah negara dan dunia yang berubah, dan untuk siapa? "The Flagmakers" ialah paparan intim tentang insan yang tangannya menghasilkan ikon Amerika yang paling dikenali.
- Durasi:
- 35 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Cynthia Wade
- Sharon Liese