Dalam The Crossover, adaptasi novel terlaris Kwame Alexander, pasangan kembar jaguh bola keranjang, Jordan "J.B" dan Josh "Filthy" Bell, bergelut dengan cabaran membesar, hubungan yang semakin renggang, dan peraturan bapa mereka—yang juga jurulatih mereka—di dalam dan di luar gelanggang.
The Crossover
BUTIRAN
The Crossover, berdasarkan novel terlaris oleh Kwame Alexander, mengisahkan pasangan kembar fenomena bola keranjang, Jordan "J.B" dan Josh "Filthy" Bell. Mereka bergelut dengan proses membesar, hubungan yang semakin renggang dan pencarian jati diri — di dalam dan di luar gelanggang.
Filthy ialah seorang atlet yang fokus sepenuhnya, berazam untuk menjadi Lebron James yang seterusnya. Abang kembarnya dan kawan baiknya, J.B., sentiasa patuh mengikut rancangan itu. Namun, apabila gadis baharu Alexis muncul dan minat J.B. terhadap bola keranjang mula pudar, ketegangan mula timbul antara mereka berdua, sekali gus mengancam ikatan mereka seumur hidup.
Bukan mudah untuk mengimbangi sekolah, kawan, cinta dan bola keranjang, lebih-lebih lagi apabila ibu mereka, Dr. Crystal Bell yang bijak, ialah pengetua sekolah, manakala ayah mereka, bekas pemain NBA Chuck, ialah jurulatih pasukan. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dan "peraturan bola keranjang untuk kehidupan" ciptaan Chuck telah menjadi panduan mereka sejak kecil. Namun, apabila kesihatan Chuck mula merosot, asas keluarga mereka mula goyah — memaksa semua orang untuk bangkit, tidak mementingkan diri dan saling mempercayai.
Dengan bantuan rakan-rakan mereka yang kelakar dan setia, Maya dan Vondie, serta bimbingan daripada ibu bapa dan guru, Filthy dan J.B. belajar sesuatu. Dalam permainan hidup, bola keranjang mungkin bukan segala-galanya... tetapi keluarga sentiasa umpama jaring yang terikat bersama.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Pendewasaan,
- Sukan
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Derek Luke
- Jalyn Hall
- Amir O'Neil
- Sabrina Revelle
- Deja Monique Cruz
- Trevor Raine Bush
EPISOD
M1:Ep1 X dan O
Hidup J.B. dan Filthy sudah teratur, tapi kesihatan ayah mereka mengancam untuk mengubah segalanya.
M1:Ep2 Rentetan Malang
Demi menamatkan badi kekalahan Lions dan menewaskan pesaingnya, Zuma, Filthy beralih kepada Voodoo.
M1:Ep3 Empat Mata
Di majlis tarian tahunan Harlem Renaissance, harapan tinggi musnah apabila ribut tropika melanda.
M1:Ep4 Masa Rehat
Malam berseronok jadi kecoh bila Filthy bergaduh dengan wira bola keranjangnya dari Akademi Beacon.
M1:Ep5 Jom Kumpul
Lawatan keluarga mendorong Chuck berhubung semula dengan kenalan lama; Filthy dan J.B. berdamai.
M1:Ep6 Asakan Penuh
Video pergaduhan di gelanggang luncur roda tular di sekolah; Crystal membuat keputusan yang sukar.
M1:Ep7 Klac
Selepas digantung daripada pasukan, Filthy bergelut mencari erti hidup tanpa bola keranjang.
M1:Ep8 Lantunan
Pertemuan keluarga tak dijangka memaksa Chuck membuat pilihan sukar yang mengubah nasib si kembar.