Rise
Rise
PG
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20221 j 53 m
Drama, Biografi, Sukan

“Rise” adalah berdasarkan kisah kehidupan sebenar tentang kejayaan sebuah keluarga hebat yang melahirkan tiga beradik pertama yang menjadi juara NBA dalam sejarah liga ini-- Giannis dan Thanasis Antetokounmpo daripada Milwaukee Bucks dan Los Angeles Laker Kostas Antetokounmpo, serta adik mereka, Alex.

Rise

BUTIRAN


“Rise” adalah berdasarkan kisah kehidupan sebenar tentang kejayaan sebuah keluarga hebat yang melahirkan tiga beradik pertama yang menjadi juara NBA dalam sejarah liga ini-- Giannis dan Thanasis Antetokounmpo daripada Milwaukee Bucks dan Los Angeles Laker Kostas Antetokounmpo, serta adik mereka, Alex. Penonton belum pernah melihat kisah seperti kisah keluarga Antetokounmpo, yang menggabungkan warisan Nigeria, kerakyatan Greek dan kebolehan atlet yang luar biasa. Dalam “Rise”, penonton akan menyaksikan visi, keazaman dan kepercayaan sebuah keluarga mengeluarkan mereka daripada kancah kekaburan untuk membina kerjaya tiga juara NBA—pemain MVP dua kali, Giannis dan adik-beradiknya, Thanasis dan Kostas. Semasa musim 2021, Giannis dan Thanasis membantu Bucks mendapatkan cincin kejohanan pertama mereka dalam 50 tahun, sementara Kostas bermain untuk juara musim lalu, Lakers. Selepas berhijrah ke Greece dari Nigeria, Vera dan Charles Antetokounmpo bergelut untuk hidup dan menyara lima orang anak mereka, sambil hidup dalam risiko dihantar pulang setiap hari. Dengan anak sulung mereka yang masih tinggal bersama saudara mereka di Nigeria, pasangan itu terdesak untuk mendapatkan kerakyatan Greek tetapi digugat oleh sistem yang sentiasa menghalang mereka. Apabila tidak menjual barang kepada pelancong di jalanan Athens dengan keluarga mereka, adik-beradik itu akan bermain bola keranjang dengan pasukan remaja tempatan. Walaupun mereka lewat berkecimpung dalam sukan ini, mereka mendapati yang mereka berbakat di gelanggang bola keranjang dan berusaha keras untuk menjadi atlet kelas dunia. Dengan bantuan seorang ejen, Giannis menyertai Pemilihan Pemain NBA pada tahun 2013 walaupun peluangnya untuk terpilih kelihatan tipis demi mengubah hidupnya dan seluruh keluarganya.

Durasi:
1 j 53 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Drama,
Biografi,
Sukan
Klasifikasi:
PG
Pengarah:
Akin Omotoso
Dibintangi:
Dayo Okeniyi
Yetide Badaki
Manish Dayal
Taylor Nichols
Ral Agada
Uche Agada

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - The Crossover
  • thumbnail - Chang Can Dunk
  • thumbnail - Glory Road
  • thumbnail - Safety
  • thumbnail - Queen Of Katwe
  • thumbnail - McFarland, USA
  • thumbnail - Miracle
  • thumbnail - Invincible (Disney)