Episod ASSEMBLED kali ini memaparkan perjalanan pembikinan fenomena global yang paling dinantikan. Terokai sebalik tabir siri ini dengan beberapa rakaman daripada pembikinan siri ini, berserta temu bual mendalam di set bersama para kru dan pelakon Ms. Marvel, sambil kita saksikan Iman Vellani dan wataknya, Kamala Khan, menjadi adiwira kegemaran ramai itu di depan mata kita.
Di Sebalik Tabir Ms. Marvel
BUTIRAN
Ayuh kita bersama Iman Vellani dalam perjalanan beliau menjadi Ms. Marvel ciptaan Marvel Studios! Sertai Iman dalam perjalanan mengagumkan ini, daripada uji bakat dan ujian kostum untuk menghidupkan watak kegemaran ramai ini apabila kamera mula dihidupkan. Ia sebuah kisah perjalanan menuju kedewasaan bagi seorang gadis yang terjerat di antara dua dunia dari sudut kebudayaan, sambil meneroka hidupnya dengan penuh keterujaan. Kita akan pelajari cara Iman mengharungi pengalaman yang sangat serupa dengan wataknya, Kamala, sambil mereka perlahan-lahan menjadi Ms. Marvel di depan mata kita. Untuk seimbangkan antara keluarga, sahabat dan kuasa yang baru ditemui sambil belajar gerak tari dan curi masa untuk ke AvengerCon, itu memerlukan dedikasi. Episod ASSEMBLED kali ini akan memaparkan rakaman di sebalik tabir, berserta temu bual bersama para pelakon dan kru semasa produksi. Ayuh saksikan Ms. Marvel melangkah lebih tinggi!
- Durasi:
- 1 j 4 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Bradford Baruh