Di Sebalik Tabir Moon Knight
Di Sebalik Tabir Moon Knight
TV-14
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20221 j 7 m
Dokumentari

Temui Oscar Isaac, Ethan Hawke dan ramai lagi dalam pendedahan terperinci bagaimana Moon Knight direalisasikan. Menerusi temu bual mendalam bersama para kru dan pelakon serta beberapa rakaman dari set penggambaran, ASSEMBLED mendedahkan cara siri menarik ini dihasilkan. Program di sebalik tabir Moon Knight ini turut menerapkan “perbincangan meja bulat” bersama para pengarah siri ini.

Di Sebalik Tabir Moon Knight

BUTIRAN


Temui pelakon Oscar Isaac dan Ethan Hawke sambil menyaksikan bagaimana Moon Knight oleh Marvel Studios direalisasikan. Menerusi temu bual mendalam bersama para kru dan pelakon serta beberapa rakaman dari set penggambaran, ASSEMBLED mendedahkan cara siri menarik ini dihasilkan. Imbas kembali asal usul buku komik watak tersebut dan dengarkan cara pasukan kreatif siri ini mengadaptasi unsur-unsur tertentu dalam menghasilkan naratif luar biasa siri Moon Knight ini. Terokai pendekatan Oscar Isaac dalam mendalami watak yang mempunyai dua personalti dalam satu badan serta cara beliau menyentuh tentang kesihatan mental secara lebih terhormat dan bermakna dalam siri ini. Lawati set-set besar produksi siri ini yang dihasilkan dengan begitu teliti sekali, yang turut menguatkan tema utama siri ini; yakni mitologi Mesir purba. Kenali May Calamawy, yakni pelakon yang membawa watak adiwira Mesir pertama dalam MCU, Scarlet Scarab. Selain itu, episod ASSEMBLED kali ini turut menerapkan “perbincangan meja bulat” bersama para pengarah siri ini, yang berbual secara lebih terbuka tentang hasil kerja mereka dalam projek berskala besar ini. Saksikan semua ini dan banyak lagi dalam Assembled: The Making of Moon Knight.

Durasi:
1 j 7 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Dokumentari
Klasifikasi:
TV-14
Pengarah:
Bradford Baruh

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Moon Knight
  • thumbnail - Eternals
  • thumbnail - Assembled: The Making of Eternals
  • thumbnail - Hawkeye
  • thumbnail - Assembled: The Making of Hawkeye
  • thumbnail - Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings
  • thumbnail - What If...?
  • thumbnail - Loki