Eric kembali ke Tanjung Qwert untuk menyelesaikan misteri kehilangan ibu bapanya. Sewaktu berada di bandar ini, dia akan bertemu kawan dan musuh dalam usahanya untuk mendedahkan misteri taman hiburan bertemakan seram.
Tierra Incógnita
BUTIRAN
Eric kembali ke kampung halaman untuk menyelesaikan misteri kehilangan ibu bapanya lapan tahun lalu. Dia dan adiknya yang dijaga oleh datuk dan nenek telah melarikan diri untuk ke taman hiburan seram milik ibu bapanya yang merupakan lokasi terakhir mereka berdua dilihat. Sewaktu berada di bandar ini, Eric bertemu tiga orang penting dalam misi merungkai misteri ini: Pablo, kawan baik ketika zaman kanak-kanaknya yang membuktikan ikatan persahabatan takkan terputus; Lila, gadis yang sentiasa menarik perhatian Eric dan mak ciknya, Carmen. Dia percaya Eric akan peroleh kebenaran jika dapat sokongan keluarga. Sewaktu kepulangan Eric, makhluk tak dikenali telah dibebaskan dan menyerang penduduk tempatan. Hanya dengan bantuan kawan-kawan dan ahli keluarga akan memberi peluang kepada Eric untuk merungkai misteri taman hiburan itu.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama,
- Pendewasaan,
- Seram
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Pedro Maurizi
- Mora Fisz
- Thomas Lepera
- Tomás Kirzner
- Verónica Intile
- Lautaro Delgado Tymruk
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Laluan Berselirat
Selepas menerima mesej misteri, Eric pulang ke Tanjung Qwert untuk selesaikan misteri waktu kecil.
M1:Ep2 Kuda Pusing
Eric keliru antara alam nyata dan khayalan. Uma imbas memori yang menyeksa.
M1:Ep3 Rumah Agam Dalaras
Eric dan Uma tinggal bersama Carmen. Misteri pancaran cahaya di taman hiburan mula terurai.
M1:Ep4 Kapal Seram
Eric dan Pablo pergi ke taman hiburan untuk mencari nota hilang daripada jurnal Roberto Dalaras.
M1:Ep5 Kod Rahsia
Penduduk tempatan menentang kepulangan Eric dan rahsia tentang kawan baiknya terbongkar.
M1:Ep6 Cacing
Mesej berkod daripada ayahnya telah memberikan jawapan. Makhluk tak diketahui telah menyerang lagi.
M1:Ep7 Bilik Rahsia
Uma menunjukkan bilik rahsia kepada Eric. Ada petunjuk penting berkaitan misteri kehilangan orang.
M1:Ep8 Ketakutan
Eric dan kawan-kawannya pergi ke gua, menjumpai petunjuk penting berkaitan makhluk menyerang mereka.