Selepas kematian mengejut ayahnya, Lupe meninggalkan Mexico dan mengembara ke Colombia untuk menghadiri pengebumiannya. Di sana, dia bertemu Noah, pembantu ayahnya yang misteri dan bersama Noah, Lupe menyertai pertandingan televisyen untuk menyiasat perkara sebenar yang terjadi kepada ayahnya, seorang penyanyi/penulis lagu terkenal yang dikenali sebagai Firaun.
It Was Always Me
BUTIRAN
Ketika Lupe berusia 22 tahun, hidupnya tiba-tiba berubah selepas mengetahui bahawa ayahnya, seorang penyanyi/penulis lagu terkenal di Colombia telah meninggal. Selepas tiba di Colombia, Lupe bertemu Noah, individu misteri yang rupanya pembantu ayahnya. Lupe tidak kembali ke Mexico, sebaliknya memutuskan untuk terus berada di Colombia kerana mengesyaki bahawa kematian pemuzik itu bukan kemalangan. Bersama-sama Noah, dia memulakan pengembaraan muzikal dipenuhi bahaya, misteri dan percintaan di wilayah Caribbean, Colombia.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama,
- Misteri,
- Muzik
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Karol Sevilla
- Pipe Bueno
- Christian Tappan
- José Julián Gaviria
- Juliana Velásquez
- Alejandro Gutierrez
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Jelajah Firaun
Lupe mengembara ke Colombia dan bertemu Noah. Mereka memulakan pengembaraan misteri muzikal.
M1:Ep2 Lompatan
Lupe dan Noah, dalam sebuah pertandingan TV, percaya semua orang ialah suspek kematian ayahnya.
M1:Ep3 Taruhan
Situasi menjadi rumit dan permainan cinta di dalam bar mengakibatkan ancaman besar.
M1:Ep4 Tanpa Nama
Lupe dan Noah menemukan lagu sempurna untuk persembahan mereka dan membangkitkan kemarahan Pipe.
M1:Ep5 Bersalah
Lupe menyiasat satu ancaman dan Noah kehilangan objek yang membahayakan hubungannya dengan Lupe.
M1:Ep6 Perahu Kertas
Lupe percaya telah menemui dalang di sebalik kejadian yang menimpa ayahnya.
M1:Ep7 Separuh Akhir
Menjelang separuh akhir, Lupe dan Noah percaya mereka telah menemui kebenaran tentang ayahnya.
M1:Ep8 Ubah Haluan
Selepas kembara panjang, Lupe temui kebenaran menyakitkan yang tidak dijangka dan meninggalkan Noah.
M1:Ep9 Zoetrope Sedang Berputar
Lupe dan Noah membuat pencarian terdesak, dan sedikit demi sedikit misteri Firaun terbongkar.
M1:Ep10 Serendipiti
Di finale, Lupe dan Noah terperangkap dalam jerat maut apabila menemui kebenaran yang dahsyat.