Dua belas selebriti membentuk keluarga baharu. Penghormatan perlu diraih dan kesetiaan diuji demi peluang memenangi sehingga $250,000. Ahli keluarga mesti menyelesaikan tugasan untuk mendapatkan wang. Don mengawal segalanya, mengagihkan wang dan menyingkirkan ahli seorang demi seorang. Untuk mengekalkan kuasa, Don perlu mengharungi pengkhianatan dan tipu muslihat. Itulah lumrah dalam The Mob.
The Mob
BUTIRAN
Di sebuah vila mewah di Itali, 12 selebriti membentuk keluarga baharu. Penghormatan perlu diraih, kesetiaan diuji dan hadiah wang tunai sehingga $250,000 menjadi rebutan. Dalam pertandingan sosial mencabar yang dihoskan oleh Parker Posey ini, ahli keluarga menyelesaikan tugasan untuk mendapatkan wang dan membuktikan kesetiaan. Segalanya diawasi oleh Don, orang yang berkuasa mengagihkan wang dan menyingkirkan sesiapa sahaja. Namun, kedudukan Don tidak terjamin. Dia perlu mendekati kawan dan lebih-lebih lagi lawan untuk terus berkuasa. Pengkhianatan kejam dan tipu muslihat? Itulah lumrah dalam The Mob.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Realiti,
- Rancangan Permainan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Parker Posey
- Willam Belli
- Demi Engemann
- Maria Georgas
- Joe Gorga
- Harry Jowsey
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Cium Cincin Itu
Sebuah keluarga baharu bersatu. Don pertama dilantik dan seorang ahli dibunuh.
M1:Ep2 Sentiasa ada Talam Dua Muka
Ikrar setia menggugat kedudukan Don buat kali pertama.
M1:Ep3 Ini Adalah Permainan Maut
Pembohongan seorang ahli keluarga menggegarkan vila, satu cubaan rampasan kuasa sedang dirancang.
M1:Ep4 Menuju Perang
Kuasa Don kini tiada tandingan, menyebabkan semua orang kelam-kabut.
M1:Ep5 Rupa-rupanya, Akulah Si Puaka
Satu percaturan kuasa berjaya menjatuhkan seorang ahli keluarga, ketegangan semakin memuncak.
M1:Ep6 Hanya Jauhari Mengenal Manikam
Satu pertelingkahan baharu menguji kesetiaan sebuah kumpulan yang rapat.
M1:Ep7 Jangan Pernah Terlalu Selesa
Menjelang penamat, setiap ahli keluarga kini berjuang untuk diri sendiri.
M1:Ep8 Apa yang Tony Soprano akan Buat?
Keluarga ini melaksanakan tugasan terakhir. Dengan $100,000 sebagai taruhan, siapakah Don terakhir?