Dekati dunia teman rapat Khloé Kardashian sambil rakan-rakannya mengharungi alam keibuan, perniagaan, percintaan dan perubahan diri. Disatukan oleh hubungan dengan Khloé, gadis-gadis ini dapati bahawa mengenali lebih mendalam mampu eratkan ikatan – atau dedahkan keretakan tidak dijangka.
The Girls: A Khloe Kardashian Project
BUTIRAN
Dekati dunia teman rapat Khloé Kardashian sambil mereka mengharungi suka duka keibuan, perkahwinan, perniagaan dan kehidupan di bawah sorotan. Hubungan dengan Khloé menyatukan wanita-wanita hebat ini melalui pencapaian kerjaya, cabaran keluarga dan keputusan yang mengubah hidup. Namun, apabila mereka semakin rapat, ketegangan, luka lama dan perbezaan pendapat mula timbul. Adakah persahabatan mereka akan terus utuh seiring dengan perubahan hidup?
Urutan atau corak cahaya berkelip tertentu mungkin memberi kesan kepada penonton yang sensitif terhadap cahaya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Realiti
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Melampaui Batasan
Khloé mengumpulkan rakan-rakan karibnya untuk merakam sebuah rancangan realiti.
M1:Ep2 Terma dan Syarat
Selepas pertelingkahan beremosi, Khloé terpaksa bersemuka dengan Natalie.
M1:Ep3 Masalah Saudara
Semasa lawatan kerja di El Salvador, Yris dan Troy mula berselisih faham.
M1:Ep4 Rambut Palsu, Wain dan Tekanan
Yris hilang sabar dan memarahi Nicole.
M1:Ep5 Muatan Lebihan
Gadis-gadis ke Vegas untuk melepaskan penat daripada tanggungjawab.
M1:Ep6 Bagaimana Selepas Ini?
Selepas percutian Vegas yang berakhir dengan teruk, mereka pulang.