Nikmati Secara Percuma Daripada ESPN
Buka lebih banyak kandungan dengan Disney+, Hulu, ESPN Bundle
Berbakat semula jadi. Bintang rock. Orang luar. Pada 1980-an, pelumba kereta Tim Richmond menjalani hidupnya sama seperti cara dia berlumba, tanpa batasan.
Tim Richmond: To the Limit
BUTIRAN
Bakat semula jadi. Bintang rock. Orang luar. Pada 1980-an, pelumba kereta Tim Richmond menjalani hidupnya sepantas dan sebebas jentera lumbanya. Lahir dalam keluarga kaya, Richmond sangat bertentangan dengan imej pelumba NASCAR biasa dari Selatan yang berlatarbelakangkan kolar biru. Dia juga seorang penghibur ranggi yang seronok diburu perhatian media dan peminat, terutamanya peminat wanita. Namun, prestasinya di litar yang membuatkannya setanding dengan legenda perlumbaan. Pada 1986, dia memenangi tujuh perlumbaan NASCAR dan menduduki tempat ketiga dalam siri Winston Cup, meletakkannya di ambang menjadi bintang besar. Namun, gaya hidupnya yang liar akhirnya memakan diri. Dia mengejutkan ramai apabila menarik diri daripada litar NASCAR, atas alasan menghidap radang paru-paru berganda. Hakikatnya lebih memeritkan: dia menghidap AIDS. Richmond kembali ke litar pada 1987, tetapi terpaksa bersara pada tahun berikutnya apabila kesihatannya merosot. Dia menghabiskan sisa hidupnya dengan mengasingkan diri, lalu meninggal dunia pada 13 Ogos 1989, pada usia 34 tahun.
- Durasi:
- 51 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2010
- Genre:
- Dokumentari,
- Biografi,
- Sukan
- Pengarah:
- Rory Karpf
- Dibintangi:
- A.J. Foyt
- Rick Hendrick
- Ed Hinton
- Greg Louganis
- Hal Needham
- Richard Petty