Legacy: The True Story of the LA Lakers mengisahkan kebangkitan luar biasa dan kejayaan tiada tandingan salah sebuah francais paling dominan dan ikonik dalam sukan profesional.
Legacy: The True Story of the LA Lakers
BUTIRAN
"Legacy: The True Story of the LA Lakers" menyingkap kebangkitan luar biasa dan kejayaan gemilang salah satu francais sukan profesional paling dominan dan ikonik. Dengan akses eksklusif kepada keluarga Buss serta temu bual mendalam bersama pemain, jurulatih dan para eksekutif, siri dokumentari 10 episod ini mengisahkan cerita luar biasa ini dari dalam – hanya melalui mereka yang melaluinya sendiri.
Semuanya bermula apabila hartawan hartanah berkarisma, Dr. Jerry Buss, membeli Los Angeles Lakers dalam satu urus niaga yang amat berisiko. Tiada siapa menjangka kejayaan besar yang bakal tiba. Mencetuskan era "Showtime" pada tahun 1979, playboy terkenal L.A. ini merevolusikan perniagaan bola keranjang. Dia menaikkan harga tiket, memperkenalkan penari dan kugiran, membuka kelab peribadi eksklusif di arena, serta menarik peminat selebriti Hollywood.
Sepanjang 40 tahun, pasukan ini merangkul 11 kejuaraan dan memberi penghormatan kepada pemain-pemain legenda NBA dengan menggantung jersi mereka. Kini, empayar Dr. Buss bernilai lebih $5 bilion. Namun, kejayaan ini bukan mudah dicapai. Selain perseteruan sengit, penyakit yang menamatkan kerjaya dan pelbagai rintangan di gelanggang, Lakers juga terpaksa mengharungi drama di luar gelanggang – dalam keluarga Dr. Buss sendiri.
Dr. Buss menguruskan francais ini seperti perniagaan keluarga, memberikan anak-anaknya jawatan penting dengan harapan mereka akan mewarisi empayarnya. Namun, persaingan adik-beradik, konflik peribadi dan pergolakan korporat mengancam untuk memusnahkan segala yang telah dibinanya. Akhirnya, "Legacy: The True Story of the LA Lakers" ialah kisah tentang keluarga, perniagaan dan kuasa – serta bagaimana ketiga-tiganya perlu digembleng untuk mencapai kegemilangan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Siri Dokumentari,
- Sukan
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Taipan hartanah Dr. Jerry Buss membeli pasukan Lakers.
M1:Ep2 Episod 2
Selepas Magic Johnson mengejutkan media dengan permintaan pertukarannya, Dr. Buss mengawal keadaan.
M1:Ep3 Episod 3
Dr. Buss tergamam apabila anak sulungnya meninggalkan perniagaan keluarga.
M1:Ep4 Episod 4
Kareem Abdul-Jabbar bersara, menimbulkan keraguan tentang masa depan pasukan.
M1:Ep5 Episod 5
Zaman baharu menjelma. Rap gangsta meletup, Lakers pula memilih point guard yang lasak.
M1:Ep6 Episod 6
Harapan memuncak apabila superstar baharu Dr. Buss tiba di Hollywood.
M1:Ep7 Episod 7
Satu rombakan besar dalam pengurusan menggugat peluang pasukan untuk melakar sejarah.
M1:Ep8 Episod 8
Barisan pemain yang dirombak dan jurulatih baharu cuba mempertahankan legasi Laker.
M1:Ep9 Episod 9
Dr. Buss yang semakin tua mengabadikan legasinya.
M1:Ep10 Episod 10
Jeanie Buss berdepan kemelut dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya.