Di sebuah hutan ajaib di luar Arendelle, sebuah keluarga mendengar cerita sebelum tidur lalu dibawa ke dunia mistik yang meriah. Di sana, roh-roh unsur (diilhamkan oleh Disney's Frozen 2) menjadi hidup dan mitos tentang masa lalu serta masa depan mereka pun terungkap.
Myth: A Frozen Tale
BUTIRAN
Diilhamkan oleh persekitaran, tema dan watak unsur yang menarik dari filem Frozen 2 oleh Walt Disney Animation Studios, pengarah terkenal Jeff Gipson (Cycles) menghidupkan kisah imaginatif dan bertenaga ini yang berlatarkan sebuah hutan ajaib di luar Arendelle. Sebuah keluarga berkumpul untuk mendengar cerita sebelum tidur, membuka laluan ke sebuah pengembaraan hebat ke dunia mitos yang berwarna-warni. Di sana, mereka akan bertemu dengan Nokk (roh air berupa kuda jantan perkasa), Gale (roh angin yang suka bermain, boleh menjadi bayu lembut atau puting beliung ganas), Gergasi Tanah (makhluk gergasi yang membentuk tebing sungai berbatu dan boleh memusnahkan segalanya apabila dikejutkan), dan Roh Api (seekor salamander lincah bernama Bruni). Apabila kisah terbongkar, roh-roh ini menjadi hidup dan mitos tentang masa lalu dan masa depan mereka pun terdedah. Pereka produksi Brittney Lee mendapat ilham daripada legasi artis-artis hebat Studio (Eyvind Earle, Mary Blair, dan pereka produksi Frozen sendiri, Michael Giaimo) serta gerak hatinya untuk mencipta landskap visual yang unik dari segi warna, bentuk dan gaya. Sama seperti karya agung muzikal Disney, Fantasia, yang menggabungkan kuasa muzik dengan visual yang menakjubkan, penerbit Nicholas Russell dan pengarah Gipson mendapatkan khidmat komposer Joseph Trapanese (Tron: Legacy) untuk memperhebatkan lagi pengalaman Myth: A Frozen Tale. Evan Rachel Wood (pelakon suara Ratu Iduna dalam Frozen 2) meminjamkan suaranya sebagai pencerita filem ini. Akhir sekali, Myth ialah tanda penghormatan kepada tradisi keluarga Gipson sendiri yang suka bercerita sebelum tidur, termasuk sebuah kisah yang diwarisi daripada moyangnya tentang pertemuan dengan penjenayah Jesse James semasa dia masih kecil di Kansas City.
- Durasi:
- 13 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2019
- Genre:
- Animasi,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Jeff Gipson
- Dibintangi:
- Evan Rachel Wood