Death on the Nile
Death on the Nile
13+
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2022 • 2 j 9 m
Drama, Misteri

Percutian Hercule Poirot di Mesir di atas kapal wap mewah bertukar menjadi pencarian ngeri seorang pembunuh apabila bulan madu indah pasangan sempurna berakhir dengan tragis. Berlatarkan landskap gurun yang epik dan piramid Giza yang megah, kisah keghairahan tidak terkawal dan cemburu buta ini menampilkan sekumpulan pengembara kosmopolitan yang serba bergaya.

Death on the Nile

BUTIRAN


Kisah cinta tiga segi yang memakan diri menjadi teras misteri-thriller yang mendebarkan ini, berdasarkan novel Agatha Christie 1937 tentang cinta obsesif yang membawa padah. Percutian detektif Belgium, Hercule Poirot di Mesir bertukar menjadi misi ngeri memburu pembunuh apabila bulan madu indah pasangan sempurna berakhir dengan tragedi. Seorang sosialit kaya mengahwini jejaka kacak penganggur – bekas kekasih kawan baiknya sendiri. Majlis perkahwinan mewah mereka di atas kapal Karnak yang menyusuri Sungai Nil dihadiri oleh sekumpulan tetamu eksotik yang mendakwa sebagai rakan mereka. Apabila cinta dirampas, dendam mula membara. Berlatarkan landskap gurun yang epik dan piramid Giza yang megah, kisah keghairahan meluap-luap dan cemburu buta ini menampilkan sekumpulan pengembara bergaya serta pelbagai plot licik yang akan membuatkan penonton tertanya-tanya sehingga ke penamat yang mengejutkan.

Durasi:
2 j 9 m
Tarikh Pelancaran:
2022
Genre:
Drama,
Misteri
Klasifikasi:
13+
Pengarah:
Kenneth Branagh
Pelakon:
Tom Bateman
Annette Bening
Kenneth Branagh
Russell Brand
Ali Fazal
Dawn French
Kategori:
Filem

Anda Juga Mungkin Suka