Magic of Disney's Animal Kingdom
Magic of Disney's Animal Kingdom
TV-PG
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2020 – 20232 Musim
Haiwan & Alam Semula Jadi, Siri Dokumentari

Dengan suara latar oleh Josh Gad yang digemari ramai, Magic of Disney’s Animal Kingdom membawa penonton ke sebalik tabir untuk menerokai keajaiban dua tarikan haiwan paling digemari di dunia: Taman Tema Animal Kingdom Disney dan The Seas with Nemo & Friends di EPCOT. Dapatkan akses eksklusif kepada haiwan-haiwan di taman ini dan kenali pakar penjagaan haiwan yang menjalinkan ikatan istimewa dengan mereka.

Magic of Disney's Animal Kingdom

BUTIRAN


Keajaiban Animal Kingdom Disney, dengan narasi oleh peminat kegemaran Disney, Josh Gad, memberikan penonton pas belakang tabir untuk menerokai keajaiban di sebalik dua pengalaman haiwan paling disayangi di dunia, Taman Tema Animal Kingdom Disney dan The Seas with Nemo & Friends di EPCOT. Penonton mendapat akses yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada makhluk paling nadir dan indah di planet ini dan bertemu pakar penjagaan haiwan yang telah menjalinkan ikatan luar biasa dengan lebih 5,000 haiwan di Taman ini. Setiap lapan episod menyelami butiran di Tempat Paling Ajaib di Dunia, mendedahkan pelbagai aspek operasi dan Imagineering. Meraikan kepelbagaian lebih 300 spesies yang mengagumkan, siri ini menjemput peminat Disney, alam semula jadi dan haiwan untuk berkenalan dengan semua penghuni Taman, termasuk bayi Grace, ahli keluarga terbaharu dalam kumpulan gorila. Singgah ke Rizab Hidupan Liar Harambe untuk bersemuka dengan ibu hebat zirafah Masai, Kenya, dan berkenalan lebih dekat dengan Gus si badak air. Kembara ke savana untuk menyaksikan Dakari, singa jantan alfa Afrika, menguasai kawasannya dan bertemu Kinsey, singa betina alfa yang merupakan pemerintah sebenar kumpulannya. Siri ini menggunakan teknologi canggih, termasuk perumah GoPro yang dibina khas, kren 18 kaki dan sistem kamera bawah air, untuk mendedahkan dedikasi yang terkenal di dunia, usaha pemuliharaan perintis dan kejeniusan berwawasan yang mengilhamkan Taman Tema Animal Kingdom Disney.

Tarikh Pelancaran:
2020 – 2023
Genre:
Haiwan & Alam Semula Jadi,
Siri Dokumentari
Klasifikasi:
TV-PG
Dibintangi:
Tasha Johnson

EPISOD


  • thumbnail - M2:Ep1 Jem Zirafah

    M2:Ep1 Jem Zirafah

    Zirafah menghentikan trafik, lemur menyambut hari jadi, dan badak air mendapat kawan.

  • thumbnail - M2:Ep2 Sampai Jumpa, Penyu

    M2:Ep2 Sampai Jumpa, Penyu

    Gajah bercinta, kuda padi dapat kerja idaman, dan gorila melawan penyakit.

  • thumbnail - M2:Ep3 Kecemasan Penyu

    M2:Ep3 Kecemasan Penyu

    Sumbu badak retak, penyu laut diselamatkan, dan seekor kuda belang beranak

  • thumbnail - M2:Ep4 Okapi Permata Hati

    M2:Ep4 Okapi Permata Hati

    Seekor okapi lahir, seekor gagak menyerlah di pentas, dan seekor mandril menemui rumah baharu.

  • thumbnail - M2:Ep5 Gorila Ketua Selam

    M2:Ep5 Gorila Ketua Selam

    Rawatan perintis gorila, penjejak kecergasan badak dan parti kura-kura.

  • thumbnail - M2:Ep6 Kawanan Cinta

    M2:Ep6 Kawanan Cinta

    X-ray zirafah, pemeriksaan sekawan anjing liar Afrika, dan anak flamingo yang comel

  • thumbnail - M2:Ep7 Itulah Cinta Belut

    M2:Ep7 Itulah Cinta Belut

    Belut hidap anemia, badak air ke doktor gigi, dan kura-kura pindah masuk.

  • thumbnail - M2:Ep8 Citah yang Santai

    M2:Ep8 Citah yang Santai

    Pembedahan kuda belang, perebutan kuasa meerkat dan mainan baharu untuk citah.

  • thumbnail - M2:Ep9 Lompatan Sejarah Spesies Badak

    M2:Ep9 Lompatan Sejarah Spesies Badak

    Kecemasan adaks, anak badak membesar dan manati sakit gigi.

  • thumbnail - M2:Ep10 Yarhamukallah, Jolo.

    M2:Ep10 Yarhamukallah, Jolo.

    Manati perlukan belaian, citah sakit perut, dan gajah pula mengamuk

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Limitless with Chris Hemsworth
  • thumbnail - Secrets of the Whales
  • thumbnail - Explorer: The Last Tepui
  • thumbnail - Epic Adventures with Bertie Gregory
  • thumbnail - Welcome to Earth
  • thumbnail - Earth Moods
  • thumbnail - Behind the Attraction
  • thumbnail - One Day at Disney