Fiona “Fi” Phillip mengikut ibunya, bintang rock Molly, menjelajah negara. Sambil itu, dia menyiasat kejadian ghaib dan cuba merungkai misteri kematian ayahnya. Dia berkongsi penemuannya di laman webnya, “So Weird”.
So Weird
BUTIRAN
Fiona “Fi” Phillip mengikut ibunya, bintang rock Molly, menjelajah negara. Sambil itu, dia menyiasat kejadian ghaib dan cuba merungkai misteri kematian ayahnya. Dia berkongsi penemuannya di laman webnya, “So Weird”.
- Tarikh Pelancaran:
- 1999 – 2000
- Genre:
- Misteri,
- Cereka Sains,
- Fantasi,
- Prosedur
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Tom J. Astle
- Pelakon:
- Mackenzie Phillips
- Alexz Johnson
- Patrick Levis
- Eric Lively
- Belinda Metz
- Dave 'Squatch' Ward
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M3:Ep1 Pengalir Kilat
Fi berdepan pilihan sukar. Annie Thelon menyertai keluarga.
M3:Ep2 Papan Bercakap
Annie mengalami pengalaman pelik dengan papan Ouija.
M3:Ep3 Tahanan
Molly dan bekas rakan sekelasnya tercampak ke masa lalu.
M3:Ep4 Meja Eddie
Annie terjumpa sebuah meja antik yang dihantui roh seorang budak bernama Eddie Robinson.
M3:Ep5 Vudu
Rambut Annie digunting oleh seorang wanita yang rupa-rupanya ahli sihir Santeria.
M3:Ep6 Banglebye
Geng itu tiba di sebuah bandar yang kanak-kanaknya berkelakuan sempurna.
M3:Ep7 Putar Balik
Annie terjumpa mesej misteri yang sukar difahami pada runut audionya apabila dimainkan terbalik.
M3:Ep8 Susur Keluar 13
Annie membeli perhiasan sumpahan, lantas terperangkap dalam gelung masa yang berulang.
M3:Ep9 Karnival
Sebuah rumah hiburan misteri mengubah sesiapa yang masuk menjadi tarikan pertunjukan aneh.
M3:Ep10 Asas Bumi
Dua makhluk asing tiba di Bumi dalam rupa manusia untuk mengkaji Annie dan gengnya.
M3:Ep11 Ada Di Sana
Kumpulan itu tiba di sebuah pekan damai yang dipenuhi penduduk yang rajin dan sentiasa sibuk.
M3:Ep12 Jelmaan
Annie dan Jack mengasuh seorang bayi yang diculik dan diganti dengan anak tukaran.
M3:Ep13 Gambaran
Annie mendapati sebuah kamera lama mampu meragut jiwa sesiapa sahaja yang gambarnya diambil.
M3:Ep14 Seni Kaku
Sebuah lukisan misteri memerangkap Annie dan gengnya di dalamnya.
M3:Ep15 Silap Besar
Margaret, kawan lama Molly, tiba di rumah mereka kerana takut dia diganggu hantu.
M3:Ep16 Sahabat Pena
Annie menerima poskad-poskad misteri daripada dirinya sendiri.
M3:Ep17 Sang Ilham
Molly kembali ke tempat persembahan pertamanya untuk mencari inspirasi.
M3:Ep18 Incanto yang Agung
Kumpulan itu menumpangkan seorang ahli silap mata yang mengaku dirinya Incanto yang Hebat.
M3:Ep19 Mengiau
Seekor mumia menghantui kumpulan itu.
M3:Ep20 Anjung Janda
Annie diberi amaran agar menjauhi wanita tua pelik yang mundar-mandir di anjungnya setiap malam.
M3:Ep21 Celoteh
Seorang budak baru di sekolah sukar belajar -- semua yang didengarnya bunyi macam merepek.
M3:Ep22 Pergi Mancing
Annie menemui sebuah pekan yang tenggelam, di mana penduduknya kini berubah menjadi raksasa laut.
M3:Ep23 Tuan Magnet
Rick, seorang remaja bermasalah, bertukar menjadi magnet manusia.
M3:Ep24 Wajah Seiras
Jack menerima panggilan daripada seorang jiran yang meninggal dunia bertahun-tahun lalu.