M, seorang penulis misteri, mempunyai teman wanita selama lima tahun bernama F, yang hilang pada malam Halloween. Apabila seorang wanita datang dan mengaku sebagai kakaknya, M mula mencari teman wanitanya. Dalam pada itu, orang yang ditemuinya menggambarkan seorang wanita yang sangat berbeza daripada F yang dikenalinya.
Subete Wasurete Shimaukara (AKA: Because We Forget Everything)
BUTIRAN
Penulis misteri, M, sudah lima tahun bercinta dengan F. Selepas beberapa minggu sibuk, dia terputus hubungan dengan F. Tiba-tiba, seorang wanita yang mengaku sebagai kakak F memberitahu F telah hilang sejak Halloween. M mula mencari teman wanitanya, tetapi orang yang ditemuinya menggambarkan F yang sangat berbeza daripada yang dikenalinya. Kehidupan M yang tenang mula berubah apabila pencariannya mengheretnya ke dalam masalah orang lain.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Abe Hiroshi
- Chara
- Machiko Ono
- Kankuro Kudo
- Miki Sakai
- Yuko Oshima
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Benci Saya Nak Tanya, Tapi Awak Bunuh Dia?
Penulis misteri M mendapat tahu teman wanitanya hilang sejak malam Halloween.
M1:Ep2 Awak Tak Ada Kawan Ke?
M mengunjungi tadika, tempat kerja teman wanitanya, untuk mencari petunjuk keberadaannya.
M1:Ep3 Aku Akan Patahkan Semua Sendi Kau
M mencipta akaun media sosial pertamanya, dan menerima ugutan dalam talian pertamanya.
M1:Ep4 Ku Ingin Bawa Mu Pergi
Malam sudah larut di BAR Lighthouse dan yang tinggal hanyalah M, seorang wanita jelita, dan Izumi.
M1:Ep5 Hari Terbaik dalam Setahun
M menyambut Tahun Baru di rumah, tiba-tiba dia dapat panggilan daripada teman wanitanya yang hilang.
M1:Ep6 Segalanya Berubah
Kehidupan M terus berubah secara perlahan-lahan.
M1:Ep7 Adakah Anda Gembira Sekarang?
Setelah tiba-tiba hilang suatu hari, kisah F kini akhirnya terungkap.
M1:Ep8 Pembohongan Itu Ada Maknanya
M ditugaskan menjaga seekor kucing dan Fukuo membongkar rahsia besar.
M1:Ep9 Jauh Sudah Ku Datang
M dan F bertemu semula lalu pergi bercuti. M seronok, tapi F sedar dia bukan lagi orang yang sama.
M1:Ep10 Kekal Sahabat Selamanya
Setahun berlalu. Orang ramai teruskan hidup, dan M menemui cara untuk siapkan eseinya.