Satoru Matsudo berpindah ke Tokyo demi impiannya untuk menjadi pelakon. Dia bergelut untuk berjaya, tetapi nasibnya berubah selepas terjumpa tiket kapal terbang milik CEO agensi bakat. Beberapa tahun kemudian, Satoru menjadi pelakon yang berjaya. Dia menerima panggilan dari Amerika. Disangkanya tawaran Hollywood, panggilan itu sebaliknya membawa berita tentang abangnya yang telah lama terpisah.
Hirowareta Otoko
BUTIRAN
Satoru Matsudo jatuh cinta dengan dunia lakonan selepas menonton pementasan teater di sekolah menengah. Dia berpindah ke Omotesando untuk mengejar impian, namun hidupnya dibelenggu kemiskinan dan sukar menembusi industri hiburan.
Suatu hari, dia terjumpa tiket kapal terbang milik CEO sebuah agensi bakat. Takdir ini membawanya bekerja sebagai pemandu seorang pelakon popular sambil bekerja syif malam di kedai sewa DVD. Melalui pelbagai pertemuan, laluan Satoru untuk menjadi bintang mula terbuka.
Kemudian, selepas filemnya berjaya di A.S., dia menerima satu panggilan. Dia berharap ia tawaran dari Hollywood, tetapi panggilan itu sebaliknya membawa berita tentang abangnya yang telah lama terpisah.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Taiga Nakano
- Tsuyoshi Kusanagi
- Sairi Ito
- Hiroko Yakushimaru
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Hidup Satoru Matsudo yang memasang impian untuk menjadi pelakon, mengambil haluan tidak dijangka.
M1:Ep2 Episod 2
Satoru jatuh cinta dan membuat debut di skrin.
M1:Ep3 Episod 3
Satoru menjadi pemandu seorang aktres terkenal.
M1:Ep4 Episod 4
Satoru tersepit apabila berdepan dengan bekas teman lelaki Yui, seorang bekas peninju.
M1:Ep5 Episod 5
Satoru pulang ke kampung halaman dan menerima peluang sekali seumur hidup.
M1:Ep6 Episod 6
Satoru dan Yui berkahwin. Beberapa tahun kemudian, Satoru mendapat panggilan mengejut dari A.S.
M1:Ep7 Episod 7
Satoru ke Kalamazoo, Michigan untuk bertemu semula dengan Takeshi selepas lima belas tahun.
M1:Ep8 Episod 8
Satoru akhirnya tahu kisah Takeshi, tapi ibu bapa mereka sukar menerima kepulangan saudaranya.
M1:Ep9 Episod 9
Satoru kembali ke A.S. dan melakukan balingan ajaib demi Takeshi.
M1:Ep10 Episod 10
Satoru menepati janjinya kepada Takeshi dan Takeshi akhirnya kembali ke Jepun.